Lamekh memperisteri dua orang perempuan iaitu Adah dan Zila. Adah melahirkan Yabal yakni leluhur warga yang menghuni khemah serta memelihara haiwan ternakan. Adik kepada Yabal bernama Yubal dan dia ialah leluhur bagi semua warga yang memainkan alat muzik iaitu hap dan seruling. Zila juga melahirkan anak iaitu Tubal-Kain yang menjadi seorang tukang yang menempa segala perkakas daripada tembaga dan besi. Adik perempuan Tubal-Kain bernama Naamah. Berkatalah Lamekh kepada isteri-isterinya, “Adah dan Zila, dengarlah apa yang kusampaikan; wahai para isteri Lamekh, amatilah percakapanku. Aku telah membunuh seorang lelaki kerana dia melukakan aku, seorang pemuda kerana dia menyakiti aku. Sekiranya Kain harus dibalas tujuh kali lipat ganda, maka bagi Lamekh seharusnya tujuh puluh tujuh kali lipat ganda.”
Baca Kejadian 4
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kejadian 4:19-24
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video