Maka berfirmanlah TUHAN Allah kepada ular itu, “Atas sebab perbuatan engkau itu, terkutuklah engkau melebihi segala haiwan ternakan dan binatang liar. Engkau akan menjalar dengan perutmu dan engkau akan makan debu tanah seumur hidupmu. Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dengan perempuan ini, dan antara keturunanmu dengan keturunannya. Keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan kamu akan meremukkan tumitnya.” Firman-Nya kepada perempuan itu, “Aku akan melipatgandakan kesakitan dan kesusahanmu semasa engkau melahirkan anak. Namun begitu, kamu tetap akan mengingini suamimu, dan dia akan berkuasa ke atasmu.” Firman-Nya kepada Adam, “Kerana engkau menurut kata isterimu lalu memakan buah daripada pokok yang telah Kuperintahkan kepadamu, ‘Jangan engkau makan buahnya,’ maka terkutuklah tanah kerana kau. Engkau akan bersusah payah mengerjakan tanah dan memakan hasilnya, seumur hidupmu. Tanah akan menumbuhkan duri dan onak untukmu, dan tumbuh-tumbuhan di padang akan menjadi makananmu. Hasil keringatmu itulah engkau kelak mendapatkan rezekimu sehingga kembalinya engkau menjadi tanah, kerana dari tanahlah engkau diambil. Oleh sebab asalmu debu, maka engkau kelak kembali menjadi debu.” Lalu manusia menamai isterinya Hawa, kerana dia ialah ibu kepada semua yang hidup. TUHAN Allah membuat pakaian daripada kulit binatang untuk Adam serta isterinya itu, lalu memakaikannya kepada mereka.
Baca Kejadian 3
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kejadian 3:14-21
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video