Ishak berdoa kepada TUHAN untuk isterinya, kerana isterinya itu mandul. TUHAN mengabulkan doanya, lalu Ribka, isterinya pun mengandung. Namun demikian, anak-anaknya bertolak-tolakan dalam kandungannya sehingga dia berkata, “Mengapakah hal ini berlaku kepadaku?” Lalu pergilah dia mencari petunjuk TUHAN. Firman TUHAN kepadanya, “Dua bangsa ada dalam kandunganmu, dan dua suku bangsa akan terpencar daripada rahimmu. Suku bangsa yang satu akan lebih kuat daripada yang lain, dan yang tua akan melayan yang muda.” Setelah tibanya bagi Ribka untuk bersalin, ternyata ada anak kembar dalam kandungannya. Yang pertama keluar dalam keadaan kemerah-merahan, dan seluruh tubuhnya seperti jubah berbulu. Oleh sebab itu dia dinamai Esau. Kemudian keluarlah adiknya. Tangannya memegang tumit Esau, sehingga dia dinamai Yakub. Ishak berumur enam puluh tahun ketika mereka dilahirkan. Kedua-dua orang anak itu menjadi besar. Esau menjadi pemburu yang mahir dan suka tinggal di padang, manakala Yakub seorang yang tenang dan suka tinggal di khemah. Ishak menyayangi Esau, kerana dia suka makan hasil buruannya. Tetapi Ribka menyayangi Yakub. Pada satu kali ketika Yakub sedang memasak sesuatu, Esau pulang dari padang berasa lapar sekali. Lalu Esau berkata kepada Yakub, “Berilah aku makan sedikit yang merah-merah itu, kerana aku amat lapar.” Itulah sebabnya dia dinamai Edom. Kata Yakub, “Juallah dahulu kepadaku hakmu sebagai anak sulung.” Kata Esau, “Sebentar lagi aku mati. Apakah gunanya hak sebagai anak sulung itu bagiku?” Kata Yakub, “Bersumpahlah dahulu kepadaku.” Maka bersumpahlah dia kepadanya dan dijualnyalah haknya sebagai anak sulung itu kepada Yakub. Kemudian Yakub memberi Esau roti dan masakan kacang merah itu. Esau makan dan minum, lalu bangkit dan pergi. Demikianlah Esau meremehkan haknya sebagai anak sulung itu.
Baca Kejadian 25
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kejadian 25:21-34
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video