TUHAN memperhatikan Sarah seperti yang telah difirmankan-Nya, dan TUHAN melakukan kepada Sarah seperti yang telah dijanjikan-Nya. Maka mengandunglah Sarah, lalu melahirkan seorang anak lelaki bagi Abraham pada masa tuanya, iaitu pada waktu yang telah ditentukan, selaras dengan janji Allah kepadanya. Abraham menamai anaknya yang baru lahir itu Ishak, iaitu anak yang dilahirkan Sarah baginya. Lalu Abraham menyunat Ishak anaknya itu pada usia delapan hari, seperti yang diperintahkan Allah kepadanya. Umur Abraham seratus tahun sewaktu anaknya, Ishak, dilahirkan. Sarah berkata, “Allah telah membuat aku tertawa. Setiap orang yang mendengarnya akan tertawa bersama-samaku.” Katanya pula, “Siapakah yang dahulu dapat mengatakan kepada Abraham bahawa Sarah menyusui anak? Namun begitu, aku telah melahirkan seorang anak lelaki baginya pada masa tuanya.”
Baca Kejadian 21
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kejadian 21:1-7
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video