Keturunan Ham ialah Kush, Misraim, Put, dan Kanaan. Keturunan Kush ialah Seba, Hawila, Sabta, Raema, dan Sabtekha. Anak-anak Raema ialah Syeba dan Dedan. Kush beranakkan seorang anak lelaki bernama Nimrod; dia menjadi orang perkasa pertama di bumi. Dia seorang pemburu yang perkasa di hadapan TUHAN. Itulah sebabnya dikatakan orang, “Seperti Nimrod, seorang pemburu yang perkasa di hadapan TUHAN.” Wilayah utama kerajaannya terdiri daripada Babel, Erekh, Akad, dan Kalne, yang kesemuanya terletak di Tanah Sinear. Dari situ dia pergi ke Asyur, lalu membina Niniwe, Rehobot-Ir, Kalah, dan Resen yang terletak di antara Niniwe dengan Kalah; iaitu kota raya yang besar.
Misraim beranakkan Ludim, Anamim, Lehabim, Naftuhim, Patrusim, Kasluhim (yang merupakan susur galur orang Filistin), dan Kaftorim.
Kanaan beranakkan Sidon, anak sulungnya, dan Het. Keturunan Kanaan yang lain ialah orang Yebusi, orang Amori, orang Girgasi, orang Hewi, orang Arki, orang Sini, orang Arwadi, orang Semari, dan orang Hamati. Kemudian tersebarlah kaum-kaum orang Kanaan itu. Daerah orang Kanaan terbentang dari Sidon ke arah Gerar sampai ke Gaza, kemudian ke arah Sodom, Gomora, Adma, dan Zeboim, sampai ke Lasa. Itulah keturunan Ham menurut kaum mereka, bahasa mereka, negeri mereka dan bangsa mereka.