Apabila musuh bani Yehuda dan bani Benyamin mendengar bahawa umat yang pulang daripada pembuangan itu sedang membina Bait Suci bagi TUHAN, Allah Israel, mereka pun mendekati Zerubabel dan ketua kaum keluarga lalu berkata, “Biarlah kami turut serta dalam kerja-kerja pembinaan itu bersama-sama kamu, kerana kami juga beribadat kepada Allahmu sama seperti kamu. Kami juga telah mempersembahkan korban kepada-Nya sejak zaman Esarhadon, raja Asyur yang membawa kami ke sini.” Tetapi Zerubabel, Yesua, dan para ketua kaum keluarga Israel yang lain berkata kepada mereka, “Kamu tidak ada kena-mengena dengan kami dalam urusan pembinaan bait bagi Allah kami. Kami sendirilah yang akan membinanya bagi TUHAN, Allah Israel, sebagaimana yang diperintahkan kepada kami oleh Kores, raja Parsi itu. Maka penduduk negeri itu mematahkan semangat orang Yehuda dan sering mengganggu kalangan umat yang menjalankan kerja-kerja pembinaan itu. Sepanjang zaman pemerintahan Kores, raja Parsi, sehingga pemerintahan Darius, raja Parsi, mereka mengupah penasihat untuk menentang umat itu demi menggagalkan usaha pembinaan itu.
Baca Ezra 4
Kongsi
Demikianlah terhentinya kerja-kerja membina Rumah Allah di Yerusalem itu, dan terus terhenti sehingga tahun kedua dalam pemerintahan Darius, raja Parsi.
Bandingkan Semua Versi: Ezra 4:1-5, 24
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video