Ezra 10

10
Ezra bertindak terhadap kahwin percampuran
1Sementara Ezra berdoa dan mengaku dosa, menangis dan bersujud di hadapan Rumah Allah, berkumpullah di sekelilingnya orang Israel yang terdiri daripada lelaki, perempuan, dan anak-anak dalam jumlah yang sangat besar. Umat itu pun menangis tersedu-sedu. 2Lalu Sekhanya anak Yehiel daripada bani Elam berkata kepada Ezra, “Kami telah berbuat mungkar terhadap Allah kita kerana kami telah memperisteri perempuan asing daripada bangsa-bangsa negeri ini. Tetapi sekarang masih ada harapan bagi orang Israel sehubungan dengan hal ini. 3Oleh sebab itu biarlah kami mengikat perjanjian dengan Allah kita, bahawa kami akan mengusir semua isteri kami berserta anak-anak yang dilahirkan mereka, selaras dengan nasihat tuan dan orang yang gementar akan perintah Allah kita. Biarlah hal itu dilaksanakan menurut hukum Taurat. 4Bangunlah, kerana hal ini tugas tuan. Kami akan menyertai tuan. Kuatkanlah hati tuan dan bertindaklah.”
5Ezra bangkit lalu menyuruh ketua imam, bani Lewi, dan semua orang Israel bersumpah bahawa mereka akan berbuat seperti yang telah dikatakan tadi. Maka bersumpahlah mereka. 6Kemudian Ezra beranjak dari depan Rumah Allah dan pergi ke bilik Yohanan anak Elyasib. Di sana pun ia tidak makan roti atau minum air kerana dia berkabung atas kemungkaran orang buangan itu.
7Lalu di seluruh Yehuda dan di Yerusalem diumumkanlah kepada semua orang yang pulang daripada pembuangan agar mereka berkumpul di Yerusalem. 8Sesiapa sahaja yang tidak datang dalam waktu tiga hari, maka menurut keputusan para pemimpin dan tua-tua, segala harta bendanya akan disita dan dia sendiri akan dibuang negeri dan terusir daripada jemaah yang pulang daripada pembuangan. 9Maka dalam waktu tiga hari berkumpullah semua orang Yehuda dan Benyamin di Yerusalem, tepatnya pada hari kedua puluh pada bulan kesembilan. Seluruh rakyat duduk di halaman Rumah Allah sambil menggigil kerana perkara itu dan juga kerana hujan lebat.
10Kemudian Imam Ezra berdiri dan berkata kepada mereka, “Kamu telah berbuat mungkar. Kamu telah memperisteri perempuan asing sehingga kesalahan orang Israel bertambah-tambah. 11Maka sekarang, buatlah pengakuan kepada TUHAN, Allah nenek moyangmu, dan lakukanlah apa yang menjadi kehendak-Nya. Pisahkanlah dirimu daripada bangsa-bangsa negeri ini dan daripada perempuan-perempuan asing.”
12Seluruh jemaah itu menjawab dengan suara nyaring, “Ya, kami wajib melakukan apa yang tuan katakan. 13Namun begitu, rakyat ini besar jumlahnya dan pada masa ini hujan lebat. Kami tidak kuat lagi berdiri di luar. Apatah lagi ini bukan pekerjaan satu dua hari, kerana kami telah melakukan pelanggaran yang besar dalam hal ini. 14Biarlah para pemimpin kami mewakili seluruh jemaah. Kemudian biarlah semua orang di kota-kota kami yang memperisteri perempuan asing datang menghadap pada waktu-waktu tertentu bersama-sama para tua-tua dan para hakim setiap kota, sampai murka Allah kita yang menyala-nyala kerana hal ini dijauhkan daripada kami.” 15Hanya Yonatan anak Asael dan Yahzeya anak Tikwa yang tetap menentang perkara itu. Mereka disokong oleh Mesulam dan Sabetai, seorang Lewi.
16Warga yang pulang daripada pembuangan pun bersedia melaksanakannya. Imam Ezra pun memilih beberapa orang ketua keluarga, masing-masing menurut kaum keluarga mereka dan dengan disebutkan nama mereka. Pada hari pertama pada bulan kesepuluh mereka duduk untuk menyiasat hal itu, 17dan pada hari pertama pada bulan pertama urusan mengenai semua orang yang memperisteri perempuan asing itu telah diselesaikan mereka.
18Antara keturunan imam didapati beberapa orang yang memperisteri perempuan asing, iaitu:
Daripada bani Yesua anak Yozadak dan saudara-saudaranya:
Maaseya, Eliezer, Yarib, dan Gedalya. 19Mereka membuat persetujuan untuk mengusir isteri mereka. Kerana kesalahan mereka itu, mereka mempersembahkan seekor domba jantan daripada kawanan domba sebagai korban penebus kesalahan.
20Daripada bani Imer:
Hanani dan Zebaja.
21Daripada bani Harim:
Maaseya, Elia, Semaya, Yehiel, dan Uzia.
22Daripada bani Pasyhur:
Elyoenai, Maaseya, Ismael, Netaneel, Yozabad, dan Elasa.
23Daripada kalangan Lewi:
Yozabad, Simei, Kelaya (Kelita), Petahya, Yehuda, dan Eliezer.
24Daripada para penyanyi:
Elyasib.
Daripada kalangan penjaga pintu gerbang:
Salum, Telem, dan Uri.
25Sementara daripada orang Israel yang lain, iaitu:
Daripada bani Paros:
Ramya, Yezia, Malkia, Miyamin, Eleazar, Malkia, dan Benaya.
26Daripada bani Elam:
Matanya, Zakharia, Yehiel, Abdi, Yeremot, dan Elia.
27Daripada bani Zatu:
Elyo'enai, Elyasib, Matanya, Yeremot, Zabad, dan Aziza.
28Daripada bani Bebai:
Yohanan, Hananya, Zabai, dan Atlai.
29Daripada bani Bani:
Mesulam, Malukh, Adaya, Yasub, Seal, dan Yeramot.
30Daripada bani Pahat-Moab:
Adna, Kelal, Benaya, Maaseya, Matanya, Bezaleel, Binui, dan Manasye.
31Daripada bani Harim:
Eliezer, Yisia, Malkia, Semaya, dan Simeon, 32juga Benyamin, Malukh, dan Semarya.
33Daripada bani Hasum:
Matnai, Matata, Zabad, Elifelet, Yeremai, Manasye, dan Simei.
34Daripada bani Bani:
Maadai, Amram, dan Uel, 35juga Benaya, Bedeya, Keluhu, 36Wanya, Meremot, Elyasib, 37Matanya, Matnai, dan Yaasai.
38Daripada bani Binui:
Simei, 39juga Selemya, Natan, Adaya, 40Makhnadbai, Sasai, Sarai, 41Azareel, Selemya, Semarya, 42Salum, Amarya, dan Yusuf.
43Daripada bani Nebo:
Yeiel, Matica, Zabad, Zebina, Yadai, Yo'el, dan Benaya.
44Mereka semua telah mengambil isteri daripada kalangan perempuan asing, dan sebahagian daripada isteri mereka itu telah memberi mereka anak.

Terpilih Sekarang Ini:

Ezra 10: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk