Yehezkiel 48
48
1‘Inilah nama suku-suku itu. Di hujung utara, suku Dan mendapat satu bahagian. Wilayahnya membentang dari timur ke barat, dengan sempadan utara dari dekat jalan Hetlon sampai ke jalan masuk Hamat, terus ke Hazar-Enan di sempadan utara Damsyik dekat Hamat. 2Bersempadan dengan daerah suku Dan, suku Asyer mendapat satu bahagian, membentang dari timur sampai ke barat. 3Bersempadan dengan daerah suku Asyer, suku Naftali mendapat satu bahagian, membentang dari timur sampai ke barat. 4Bersempadan dengan daerah suku Naftali, suku Manasye mendapat satu bahagian, membentang dari timur sampai ke barat. 5Bersempadan dengan daerah suku Manasye, suku Efraim mendapat satu bahagian, membentang dari timur sampai ke barat. 6Bersempadan dengan daerah suku Efraim, suku Ruben mendapat satu bahagian, membentang dari timur sampai ke barat. 7Bersempadan dengan daerah suku Ruben, suku Yehuda mendapat satu bahagian, membentang dari timur sampai ke barat.
8Bersempadan dengan daerah suku Yehuda ialah tanah persembahan khusus yang kamu persembahkan, membentang dari timur sampai ke barat. Lebarnya 25,000 hasta dan panjangnya dari timur ke barat sama dengan panjang salah satu bahagian milik suku Israel. Tempat suci akan berada di tengah-tengahnya.
9Tanah persembahan khusus yang kamu persembahkan kepada TUHAN haruslah 25,000 hasta panjangnya dan 10,000 hasta lebarnya. 10Tanah persembahan khusus yang suci itu diperuntukkan bagi imam. Ukurannya 25,000 hasta panjangnya di sebelah utara, 10,000 hasta lebarnya di sebelah barat, 10,000 hasta lebarnya di sebelah timur, dan 25,000 hasta panjangnya di sebelah selatan. Di tengah-tengahnya akan ada tempat suci TUHAN. 11Itulah bahagian untuk imam yang telah disucikan, iaitu bani Zadok, yang memegang teguh kewajipan mereka terhadap Aku dan yang tidak ikut sesat dalam kesesatan orang Israel, seperti orang Lewi. 12Bahagian itu akan menjadi milik mereka sebagai suatu persembahan khusus daripada tanah yang dikhususkan, suatu bahagian yang teramat suci, bersempadan dengan daerah orang Lewi. 13Sejajar dengan daerah imam, orang Lewi akan mendapat tanah dengan ukuran 25,000 hasta panjangnya dan 10,000 hasta lebarnya. Panjang seluruhnya ialah 25,000 hasta dan lebarnya 10,000 hasta. 14Mereka tidak boleh menjual atau menukar sebahagian daripada tanah itu. Mereka pun tidak boleh mengalihkan pemilikan bahagian terbaik negeri itu kerana bahagian itu suci bagi TUHAN.
15Daerah yang tersisa daripada lebarnya, iaitu 5,000 hasta lagi dengan panjang 25,000 hasta, ialah tanah biasa untuk kota sebagai tempat tinggal dan padang ragut, sementara kotanya akan berada di tengah-tengahnya. 16Ukuran kota itu ialah 4,500 hasta di sebelah utara, 4,500 hasta di sebelah selatan, 4,500 hasta di sebelah timur, dan 4,500 hasta di sebelah barat. 17Di sekeliling kota itu baik di sebelah utara, selatan, timur, mahupun baratnya ada padang terbuka selebar 250 hasta. 18Daerah yang tersisa daripada panjangnya, yang sejajar dengan tanah persembahan khusus yang suci itu, berukuran 10,000 hasta di sebelah timur dan 10,000 hasta di sebelah barat. Daerah itu terletak sejajar dengan tanah persembahan khusus yang suci, dan hasil tanahnya akan menjadi makanan untuk pekerja kota. 19Pekerja kota yang akan menggarapnya berasal daripada semua suku Israel.
20Jadi, seluruh tanah persembahan khusus itu berbentuk empat persegi dengan ukuran 25,000 hasta kali 25,000 hasta, meliputi tanah persembahan khusus yang suci dan juga tanah milik kota itu.
21Tanah selebihnya, iaitu tanah di sebelah timur dan di sebelah barat daripada tanah persembahan khusus yang suci serta tanah milik kota itu, ialah tanah milik raja. Jadi, raja memiliki daerah yang bersempadan dengan 25,000 hasta sisi lebar tanah persembahan khusus itu sampai ke sempadan timur, dan di sebelah barat ialah daerah yang bersempadan dengan 25,000 hasta sisi lebar tanah itu sampai ke sempadan barat, sejajar dengan bahagian suku-suku Israel. Di tengah-tengahnya ialah tanah persembahan khusus yang suci dan tempat suci Bait itu, 22demikian pula tanah milik orang Lewi serta tanah milik kota itu — semuanya berada di tengah-tengah kepunyaan raja. Tanah milik raja terbentang di antara daerah suku Yehuda dengan daerah suku Benyamin.
23Yang selanjutnya ialah tanah milik suku-suku selebihnya. Suku Benyamin mendapat satu bahagian, membentang dari timur sampai ke barat. 24Bersempadan dengan daerah suku Benyamin, suku Simeon mendapat satu bahagian, membentang dari timur sampai ke barat. 25Bersempadan dengan daerah suku Simeon, suku Isakhar mendapat satu bahagian, membentang dari timur sampai ke barat. 26Bersempadan dengan daerah suku Isakhar, suku Zebulon mendapat satu bahagian, membentang dari timur sampai ke barat. 27Bersempadan dengan daerah suku Zebulon, suku Gad mendapat satu bahagian, membentang dari timur sampai ke barat.
28Bersempadan dengan daerah suku Gad di sebelah selatan membentang dari Tamar sampai ke mata air Meriba dekat Kadesh, lalu berlanjut ke Wadi Mesir sampai ke laut besar.
29Inilah negeri yang harus kamu bahagikan dengan mencabut undi sebagai harta pusaka bagi suku-suku Israel. Inilah bahagian-bahagian mereka,’ demikianlah firman Tuhan ALLAH.
Kota suci
30 # Why 21:12,13. ‘Berikut ini ialah pintu-pintu keluar Kota Yerusalem. Mulai tembok sebelah utara, yang berukuran 4,500 hasta, 31pintu-pintu gerbang kota itu dinamai menurut nama suku-suku Israel. Ada tiga pintu gerbang di sebelah utara, masing-masing pintu gerbang Ruben, pintu gerbang Yehuda, dan pintu gerbang Lewi. 32Di tembok sebelah timur yang berukuran 4,500 hasta ada tiga pintu gerbang, masing-masing pintu gerbang Yusuf, pintu gerbang Benyamin, dan pintu gerbang Dan. 33Di tembok sebelah selatan yang berukuran 4,500 hasta ada tiga pintu gerbang, masing-masing pintu gerbang Simeon, pintu gerbang Isakhar, dan pintu gerbang Zebulon. 34Di tembok sebelah barat yang berukuran 4,500 hasta ada tiga pintu gerbang, masing-masing pintu gerbang Gad, pintu gerbang Asyer, dan pintu gerbang Naftali. 35Ukuran keliling kota itu ialah 18,000 hasta. Sejak hari itu kota itu dinamai: TUHAN Hadir di Situ.’
Terpilih Sekarang Ini:
Yehezkiel 48: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited