Yehezkiel 46
46
1Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Pintu gerbang pelataran dalam yang menghadap ke timur harus ditutup selama enam hari kerja, tetapi pada hari Sabat pintu itu harus dibuka. Pada hari bulan baru pun pintu itu harus dibuka. 2Raja harus masuk dari luar melalui serambi pintu gerbang lalu berdiri dekat tiang pintu gerbang itu. Kemudian para imam harus mengolah korban bakaran dan korban kedamaian raja itu. Selanjutnya raja harus sujud menyembah di ambang pintu gerbang lalu keluar, dan pintu gerbang itu tidak boleh ditutup sampai petang hari. 3Rakyat negeri juga harus sujud menyembah di hadapan TUHAN di pintu gerbang itu pada hari Sabat dan pada bulan baru.
4Korban bakaran yang harus dipersembahkan raja itu kepada TUHAN pada hari Sabat ialah enam ekor domba yang tidak bercacat cela dan seekor domba jantan yang juga tidak bercacat cela. 5Persembahan bahan makanan yang menyertai domba jantan itu harus berupa satu efa#46:5 Satu efa: Ukuran isipadu lebih kurang 22 liter. Juga disebut dalam ayat 7, 11, 14. tepung, manakala persembahan bahan makanan yang menyertai domba lain harus diberikan sekadar mengikuti kemampuannya, berserta minyak satu hin#46:5 Satu hin: Sukatan kira-kira 3.7 liter. untuk satu efa tepung.
6Pada hari bulan baru dia harus mempersembahkan seekor lembu jantan muda, enam ekor domba, dan seekor domba jantan, semuanya harus tidak bercacat cela. 7Dia harus mengolah persembahan bahan makanan berupa satu efa tepung untuk lembu jantan itu dan satu efa tepung untuk domba jantan itu, manakala untuk domba lain sekadar mengikut kemampuannya sahaja, semuanya dengan minyak satu hin#46:7 Satu hin: Sukatan kira-kira 3.7 liter. untuk satu efa tepung. 8Ketika raja masuk, dia harus masuk melalui serambi pintu gerbang lalu keluar melalui jalan itu juga.
9Tetapi apabila rakyat negeri datang menghadap hadirat TUHAN pada hari-hari perayaan, maka sesiapa yang masuk melalui pintu gerbang utara untuk beribadat harus keluar melalui pintu gerbang selatan, dan sesiapa yang masuk melalui pintu gerbang selatan harus keluar melalui pintu gerbang utara. Dia tidak boleh kembali melalui pintu gerbang tempat dia masuk, melainkan harus keluar berlalu pintu di seberangnya. 10Apabila orang itu masuk, raja pun harus masuk bersama-sama mereka. Apabila mereka keluar, dia juga harus keluar.
11Dalam apa-apa pesta dan hari-hari perayaan harus ada persembahan bahan makanan berupa satu efa tepung untuk seekor lembu jantan, satu efa tepung untuk seekor domba jantan, dan tepung untuk domba lain sebanyak yang mampu diberikannya, serta minyak satu hin#46:11 Satu hin: Sukatan kira-kira 3.7 liter. untuk satu efa tepung.
12Apabila raja hendak mengolah korban bakaran sukarela atau korban kedamaian sukarela bagi TUHAN, maka pintu gerbang yang menghadap ke timur harus dibuka baginya. Dia harus mempersembahkan korban bakaran dan korban kedamaiannya seperti yang dilakukannya pada hari Sabat, kemudian keluar. Setelah dia keluar, pintu gerbang itu harus ditutup.
13Tiap-tiap hari, pagi demi pagi, engkau harus mengolah seekor domba berumur setahun dan yang tidak bercacat cela sebagai korban bakaran bagi TUHAN. 14Engkau juga harus mengolah persembahan bahan makanan pagi demi pagi berupa seperenam efa tepung dan sepertiga hin minyak untuk mengadun tepung terbaik itu. Itulah persembahan bahan makanan bagi TUHAN dengan ketentuan yang tetap berlaku untuk selama-lamanya. 15Demikianlah domba, persembahan bahan makanan, dan minyak itu harus diolah pagi demi pagi sebagai korban bakaran yang tetap.’
16Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Apabila raja mengurniakan suatu pemberian kepada salah seorang anaknya, maka hal itu menjadi milik anak-anaknya, dan milik itu menjadi harta pusaka mereka. 17#Im 25:10.Tetapi apabila dia mengurniakan suatu pemberian daripada harta pusakanya kepada salah seorang hambanya, maka hal itu menjadi milik si hamba sampai tahun kebebasan. Setelah itu, hal itu kembali menjadi milik raja. Harta pusaka raja hanya dapat dimiliki oleh anak-anaknya. 18Raja tidak boleh mengambil sesuatu daripada harta pusaka rakyat sehingga mereka terusir daripada milik mereka. Dia hanya boleh mewariskan pusaka kepada anak-anaknya daripada milik sendiri, supaya umat-Ku tidak tercerai-berai daripada harta benda milik masing-masing.’
Tempat merebus korban
19Kemudian dia membawa aku melalui pintu masuk yang ada di sisi pintu gerbang, menuju bilik-bilik suci untuk imam yang menghadap ke utara. Lalu di hujung sebelah barat tampak ada sebuah tempat. 20Katanya kepadaku, ‘Itu ialah tempat imam merebus daging korban penebus kesalahan dan korban penghapus dosa, juga tempat untuk membakar persembahan bahan makanan. Dengan demikian semua itu tidak perlu dibawa ke pelataran luar sehingga membuat rakyat menjadi suci.’
21Selanjutnya dia membawa aku ke pelataran luar dan membiarkan aku berjalan menuju keempat-empat sudut pelataran itu. Tampak di tiap-tiap sudut ada pelataran lain. 22Pelataran-pelataran pada keempat-empat sudut itu kecil dan sama ukurannya iaitu sepanjang empat puluh hasta dan selebar tiga puluh hasta. 23Keempat-empat pelataran di sudut itu dikelilingi oleh tembok batu, dan di bahagian bawah sekeliling tembok batu itu dibuat beberapa tempat masak. 24Dia berkata kepadaku, ‘Ini ialah dapur, tempat petugas Bait Suci merebus daging korban sembelihan daripada rakyat.’
Terpilih Sekarang Ini:
Yehezkiel 46: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited