Kuasa TUHAN meliputi aku, lalu TUHAN membawa aku keluar dengan perantaraan Roh-Nya dan menempatkan aku di tengah-tengah sebuah lembah. Lembah itu penuh dengan tulang. Kemudian aku dibawa-Nya berjalan keliling untuk mengamati tulang-tulang itu. Ternyata jumlahnya amat banyak di permukaan lembah itu, dan semuanya tampak sangat kering. Firman-Nya kepadaku, “Wahai anak manusia, bolehkah tulang-tulang ini hidup kembali?” Jawabku, “Ya Tuhan ALLAH, hanya Engkaulah yang mengetahui hal itu.”
Baca Yehezkiel 37
Kongsi
Lalu bernubuatlah aku seperti yang diperintahkan kepadaku. Pada waktu aku bernubuat, terdengarlah suatu bunyi, ya, bunyi derak-derak. Tulang-tulang itu berlekatan satu sama lain. Ketika kuamati, tampak urat dan daging tumbuh pada mereka. Kemudian kulit menutupi semuanya, tetapi mereka belum bernyawa. Lalu Dia berfirman kepadaku, “Bernubuatlah pada roh kehidupan. Bernubuatlah, wahai anak manusia! Katakan kepada roh itu: Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Datanglah dari keempat-empat mata angin, wahai roh. Bertiuplah kepada golongan orang yang terbunuh ini supaya mereka hidup kembali.’ ” Lalu aku bernubuat seperti yang diperintahkan-Nya kepadaku. Maka masuklah roh itu ke dalam mereka sehingga mereka hidup kembali dan berdiri di atas kedua-dua belah kaki mereka — suatu pasukan yang amat besar sekali.
Aku akan menaruh Roh-Ku di dalam dirimu sehingga kamu hidup kembali dan Aku akan menempatkan kamu di tanahmu sendiri. Maka kamu akan tahu bahawa Aku, TUHAN, telah berfirman dan melaksanakannya, demikianlah firman TUHAN.’ ”
Bandingkan Semua Versi: Yehezkiel 37:1-3, 7-10, 14
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video