Yehezkiel 15
15
Yerusalem, pokok anggur yang tidak berguna
1Datanglah firman TUHAN kepadaku demikian, 2“Wahai anak manusia, apakah kelebihan pokok anggur berbanding dengan segala pokok bercabang yang ada antara pokok hutan? 3Masakan kayunya diambil untuk membuat sesuatu? Masakan orang membuat pasak daripadanya untuk menggantungkan barang padanya? 4Sesungguhnya, kayu itu dicampakkan ke dalam api untuk dibakar. Kedua-dua hujungnya dimakan api dan bahagian tengahnya hangus. Masakan ia berguna untuk sesuatu? 5Lihatlah, ketika masih utuh pun kayu itu tidak dapat digunakan untuk sesuatu. Apa lagi setelah dimakan api dan hangus! Masakan kayu itu masih dapat digunakan untuk sesuatu?
6Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Seperti kayu pokok anggur di antara segala pokok di hutan, yang Kuserahkan ke dalam api untuk dibakar, demikianlah Aku akan menyerahkan penduduk Yerusalem. 7Aku akan memusuhi mereka. Walaupun mereka terlepas daripada api, mereka tetap ditelan api itu. Maka pada waktu Aku memusuhi mereka, kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN. 8Aku akan membuat negeri itu menjadi sunyi sepi, kerana mereka telah berbuat mungkar, demikianlah firman Tuhan ALLAH.’ ”
Terpilih Sekarang Ini:
Yehezkiel 15: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited