Anak-anak, turutlah perintah ibu bapamu dalam Tuhan, kerana ini adalah wajar. “Hormatilah ibu bapamu” — iaitu perintah pertama yang disertai dengan janji — “supaya kamu mendapat kebaikan dan umurmu panjang di bumi ini.” Kamu, bapa, janganlah sakitkan hati anak-anak; tetapi peliharalah mereka dalam didikan dan nasihat Tuhan. Hamba sahaya, taatlah kepada tuanmu di dunia ini, dengan takut dan hormat, dengan hati yang ikhlas, seperti kepada Kristus. Janganlah lakukan secara bermuka-muka, sekadar menyukakan hati orang, tetapi sebagai hamba Kristus, melakukan kehendak Allah setulus hati. Bekerjalah dengan niat bersih, seperti untuk Tuhan, bukan untuk manusia. Ketahuilah bahawa apa-apa sahaja kebaikan yang dilakukan oleh seseorang akan dibalas sewajarnya oleh Tuhan, baik hamba mahupun orang merdeka. Kamu, tuan kepada hamba, hendaklah juga berbuat baik kepada mereka, dan jangan lagi mengugut mereka, kerana kamu tahu bahawa Tuan mereka dan Tuanmu sendiri ada di syurga, dan Dia memandang semuanya sama rata.
Baca Efesus 6
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Efesus 6:1-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video