Ulangan 10

10
Riwayat tentang loh batu yang baru
1Pada waktu itu TUHAN berfirman kepadaku, ‘Pahatlah dua keping loh batu seperti yang pertama itu, dan naiklah ke gunung menemui Aku. Buatlah juga sebuah tabut daripada kayu. 2Aku akan menuliskan pada loh-loh itu firman yang ada pada loh-loh pertama, yang telah kaupecahkan itu. Setelah itu, letaklah loh-loh itu di dalam tabut.’
3Maka aku membuat sebuah tabut daripada kayu akasia dan memahat dua buah loh batu seperti yang mula-mula. Kemudian aku naik ke gunung dengan kedua-dua loh itu di tanganku. 4Lalu TUHAN menulis semula pada loh-loh itu Sepuluh Perintah, seperti tulisan mula-mula, yang telah disampaikan-Nya kepadamu di gunung dari tengah-tengah api, pada hari kamu berkumpul. Setelah itu, TUHAN menyerahkannya kepadaku. 5Aku pun berpaling dan turun dari gunung, lalu kuletak loh-loh itu dalam tabut yang telah kubuat. Di situlah kedua-dua loh batu itu tersimpan, seperti yang diperintahkan TUHAN.
6 # Bil 20:28; 33:38. Orang Israel pun berangkat dari Beerot Bene-Yaakan ke Mosera. Di sanalah Harun meninggal dan dimakamkan. Maka Eleazar, anaknya, menggantikannya sebagai imam. 7Dari sana mereka berangkat ke Gudgod, lalu dari Gudgod ke Yotbata, sebuah daerah yang bersungai-sungai. 8#Bil 3:5-8.Pada waktu itu TUHAN mengkhususkan suku Lewi untuk mengusung tabut perjanjian TUHAN. Selain itu, mereka juga bertugas untuk menyelenggarakan ibadat di hadapan TUHAN serta menyampaikan berkat atas nama-Nya, sampai pada hari ini. 9Oleh sebab itu orang Lewi tidak mendapat bahagian atau harta pusaka seperti halnya dengan para saudara mereka. TUHAN sendirilah yang menjadi harta pusaka mereka, seperti yang difirmankan TUHAN, Allahmu, kepada mereka.
10 # Kel 34:28. Kemudian aku tinggal di gunung itu seperti sebelumnya, empat puluh hari empat puluh malam lamanya. Kali itu pun TUHAN berkenan mendengar aku, sehingga TUHAN tidak memusnahkan engkau. 11Lalu firman TUHAN kepadaku, ‘Bersiaplah, pimpinlah bangsa itu supaya mereka dapat memasuki serta menduduki negeri yang telah Aku sumpah untuk memberikan kepada nenek moyang mereka.’
Gesaan untuk mengasihi Allah dan juga manusia
12Sekarang, wahai orang Israel, apakah yang dituntut TUHAN, Allahmu, daripada dirimu? Tidak lain daripada takut kepada TUHAN, Allahmu, hidup menurut segala jalan-Nya, mengasihi-Nya, beribadat kepada TUHAN, Allahmu, dengan sepenuh hatimu dan dengan sepenuh jiwamu, 13serta berpegang teguh pada segala perintah TUHAN dan segala kanun-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini, supaya baik keadaanmu. 14Sesungguhnya, TUHAN, Allahmu, yang empunya langit, bahkan langit di atas segala langit, juga bumi dengan segala isinya. 15Meskipun begitu, kepada nenek moyangmulah TUHAN terpaut sehingga Dia mengasihi mereka dan memilih kamu, iaitu keturunan mereka, daripada segala bangsa seperti yang terjadi pada hari ini. 16Oleh sebab itu, sunatlah hatimu dan jangan lagi keras kepala. 17#1Tim 6:15; Why 17:14; 19:16; Kis 10:34; Rm 2:11; Gal 2:6; Ef 6:9.TUHAN, Allahmu, sememangnya Allah segala allah, Tuhan segala tuhan, Allah yang besar, perkasa, dan tersangat hebat, yang tidak memilih kasih serta tidak menerima sogokan. 18#Sir 35:12-15.Dia membela hak anak yatim dan balu. Dia mengasihi kaum pendatang, dan memberikan kepada mereka makanan serta pakaian. 19Oleh sebab itu hendaklah kamu mengasihi kaum pendatang, kerana kamu pun pernah menjadi pendatang di Tanah Mesir. 20Takutlah kepada TUHAN, Allahmu, dan beribadatlah kepada-Nya. Berpautlah kepada-Nya dan bersumpahlah demi nama-Nya. 21Dialah pokok puji-pujian kamu dan Dialah Allahmu, yang telah melakukan perbuatan-perbuatan yang besar dan teramat hebat bagimu, seperti yang telah kaulihat dengan matamu. 22#Kej 46:27. Kej 15:5; 22:17.Ketika nenek moyangmu pergi ke Mesir, jumlah mereka tujuh puluh jiwa. Tetapi sekarang TUHAN, Allahmu, telah menjadikan kamu sebanyak bintang-bintang di langit.

Terpilih Sekarang Ini:

Ulangan 10: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk