Oleh sebab kamu telah menerima Kristus Yesus sebagai Tuhan, hiduplah melangkah dalam Dia, berasas dan terbina dalam-Nya serta bertapak teguh dalam iman, sebagaimana kamu telah diajar, penuh melimpah dengan kesyukuran. Awaslah, jangan tertipu oleh orang yang menggunakan falsafah dan tipu daya yang sia-sia, menurut adat manusia, menurut ajaran asas dunia, bukan menurut Kristus. Dalam-Nya terhimpun seluruh ketuhanan berbentuk jasmani, dan kamu sempurna dalam-Nya, yang merupakan kepala segala perintah dan kuasa. Dalam-Nya juga kamu telah disunatkan dengan persunatan tanpa menggunakan tangan, iaitu dengan membuangkan segala dosa hawa nafsu dunia daripada tubuhmu, melalui persunatan Kristus. Kamu telah dikuburkan bersama-Nya dengan baptisan, dan telah dibangkitkan bersama-Nya melalui iman dalam kuasa Allah yang telah membangkitkan-Nya daripada kematian.
Baca Kolose 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kolose 2:6-12
7 Days
I am amazed at the lessons we can learn from other cultures! Some seem to have less materially, yet they exude a deep sense of thanksgiving and joy! I don’t know about you, but I want thanksgiving and joy to be such a part of me that it is as easy as breathing! In this plan, we will discover how to make the season of thanksgiving a daily practice!
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video