Dia ialah gambaran Allah yang tidak kelihatan, Dialah anak sulung antara segala yang diciptakan. Kerana melalui Dia segala sesuatu diciptakan: yang wujud di bumi dan di syurga, yang kelihatan dan tidak kelihatan, baik yang bertakhta mahupun yang berkuasa, baik pemerintah mahupun kerajaan; segala-galanya telah dicipta melalui-Nya dan untuk-Nya. Dia terdahulu daripada segalanya, dan setiap yang wujud ada dalam-Nya. Dan Dia ialah Kepala kepada tubuh iaitu jemaah; Dia adalah permulaan, anak sulung yang bangkit daripada kematian, supaya dalam segalanya Dialah yang terutama. Kerana Allah berkenan bahawa seluruh diri-Nya berada dalam Dia.
Baca Kolose 1
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kolose 1:15-19
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video