2 Tawarikh 34

34
Raja Yosia dan pembaharuan yang dilakukannya
1 # Yer 3:6. Yosia berumur lapan tahun pada waktu dia menaiki takhta, dan dia bertakhta di Yerusalem selama tiga puluh satu tahun. 2Dia melakukan apa yang benar di mata TUHAN dan hidup mengikuti jejak Daud, leluhurnya, tanpa menyimpang ke kanan atau ke kiri.
3Pada tahun kelapan pemerintahannya, ketika dia masih muda remaja, mulailah dia mencari Allah Daud, leluhurnya. Pada tahun kedua belas dia mulai menyucikan Yehuda dan Yerusalem daripada bukit-bukit pemujaan, patung-patung Asyera, patung-patung ukiran, dan patung-patung tuangan. 4#2Raj 21:3; 2Taw 33:3.Mazbah para Baal dirobohkan di hadapannya, dan tugu-tugu mazbah dupa yang menjulang di atasnya ditebangnya. Dia memecahkan dan menumbuk patung-patung Asyera, patung-patung ukiran, dan patung-patung tuangan lalu menghamburkannya ke atas kuburan kalangan yang mempersembahkan korban kepada semua itu. 5#1Raj 13:2.Dia juga membakar tulang para imam di atas mazbah mereka. Demikianlah dia menyucikan Yehuda dan Yerusalem. 6Di kota-kota Manasye, Efraim, Simeon, sampai Naftali, dan di reruntuhan sekitarnya, 7dia merobohkan mazbah-mazbah dan patung-patung Asyera. Dihancurkannya sampai lumat patung-patung ukiran dan ditebangnya semua tugu mazbah dupa di seluruh Tanah Israel. Setelah itu, dia pulang ke Yerusalem.
Kitab Taurat ditemukan semula
8Pada tahun kelapan belas zaman pemerintahannya, setelah dia menyucikan negeri dan Bait Allah, disuruhnya Safan anak Azalya dan Maaseya, pemerintah kota, serta Yoah anak Yoahas, pencatat sejarah, untuk memperbaik Bait TUHAN, Allahnya. 9Mereka datang menemui Imam Besar Hilkia dan menyerahkan kepadanya wang yang telah dibawa ke Rumah Allah. Wang itu dikumpulkan oleh bani Lewi, iaitu para penjaga pintu, daripada orang Manasye dan Efraim, semua orang Israel yang selebihnya, semua orang Yehuda dan Benyamin, serta penduduk Yerusalem. 10Wang itu kemudian diserahkan mereka kepada para pekerja yang dilantik untuk mengawasi Bait TUHAN. Selanjutnya para pekerja di Bait TUHAN itu mengeluarkannya lagi untuk digunakan bagi membetulkan dan memperbaik Bait. 11Mereka menyerahkan wang itu kepada tukang kayu dan tukang bangunan, yang akan membeli batu pahat dan juga kayu untuk penyepit-penyepit serta rasuk-rasuk pada bangunan-bangunan yang dibiarkan rosak oleh raja-raja Yehuda. 12Orang yang ditugaskan itu melaksanakan pekerjaan mereka dengan setia. Yahat dan Obaja, bani Lewi daripada bani Merari, diangkat menjadi pengawas mereka, sedang Zakharia dan Mesulam daripada bani Kehat menjadi pengarah. Para bani Lewi, iaitu semua yang pandai memainkan alat-alat muzik, 13mengepalai tukang-tukang pikul dan mengarahkan semua pekerja dalam setiap pekerjaan. Daripada kalangan bani Lewi itu ada juga yang menjadi jurutulis, pengatur, dan penjaga pintu gerbang.
14Ketika mereka mengeluarkan wang yang telah dibawa ke dalam Bait TUHAN, Imam Hilkia menemukan Kitab Taurat TUHAN yang disampaikan TUHAN dengan perantaraan Musa. 15Lalu Hilkia berkata kepada jurutulis Safan, “Aku menemukan Kitab Suci Taurat di dalam Bait TUHAN,” sambil menyerahkan kitab itu kepada Safan. 16Safan pun membawa kitab itu kepada raja. Disampaikannya laporan kepada raja, katanya, “Segala sesuatu yang ditugaskan kepada hamba-hambamu itu telah dilaksanakan mereka. 17Mereka telah mengosongkan wang yang ada di Bait TUHAN dan menyerahkannya kepada para pengawas dan pekerja.” 18Selain itu, jurutulis Safan memberitahu pula kepada raja, “Imam Hilkia juga menyerahkan sebuah kitab kepada hamba.” Lalu Safan membacakannya di hadapan raja.
19Apabila raja mendengar perkataan Kitab Suci Taurat itu, dia pun mengoyakkan pakaiannya. 20Kemudian raja memberikan perintah kepada Hilkia, Ahikam anak Safan, Abdon anak Mikha, jurutulis Safan, dan Asaya, pegawai raja, demikian, 21“Pergilah, carilah petunjuk TUHAN bagiku dan bagi saki-baki orang di Israel serta Yehuda tentang perkataan kitab yang ditemukan ini. Besarlah murka TUHAN yang dicurahkan kepada kita, kerana kalangan bapa kita tidak berpegang teguh pada firman TUHAN dengan melakukan semua yang tertulis dalam kitab ini.”
22Lalu pergilah Hilkia dengan orang suruhan raja itu kepada Nabiah Hulda, isteri Salum anak Tokhat anak Hasra, pengurus pakaian-pakaian ibadat. Nabiah itu tinggal di Yerusalem, di perkampungan baru. Mereka pun berbicara kepadanya seperti yang diperintahkan. 23Kata perempuan itu kepada mereka, “Beginilah firman TUHAN, Allah Israel: Katakanlah kepada orang yang mengutus kamu kepadaku, 24‘Beginilah firman TUHAN, “Sesungguhnya, Aku akan mendatangkan malapetaka atas tempat ini dan atas penduduknya, iaitu semua kutukan yang tertulis dalam kitab yang telah dibaca di hadapan raja Yehuda, 25kerana mereka telah meninggalkan Aku dan telah membakar dupa kepada tuhan-tuhan lain untuk membangkitkan murka-Ku dengan segala perbuatan tangan mereka. Itulah sebabnya murka-Ku akan dicurahkan ke atas tempat ini dan tidak akan padam.” ’ 26Namun demikian, kepada raja Yehuda yang mengutus kamu untuk mencari petunjuk TUHAN, beginilah harus kamu katakan kepadanya, ‘Beginilah firman TUHAN, Allah Israel, “Mengenai perkataan yang kaudengar itu, 27kerana hatimu bersedih dan engkau merendahkan diri di hadapan Allah ketika engkau mendengar firman-Nya perihal tempat ini serta penduduknya, dan kerana engkau merendahkan diri di hadapan-Ku, mengoyakkan pakaianmu, juga menangis di hadapan-Ku, maka Aku mendengar engkau, demikianlah firman TUHAN. 28Sesungguhnya, Aku akan mengumpulkan engkau dengan nenek moyangmu, dan engkau akan dikebumikan di dalam kuburmu dengan sejahtera. Matamu tidak akan melihat semua malapetaka yang akan Kudatangkan ke atas tempat ini dan penduduknya.” ’ ”
Lalu mereka menyampaikan kata-kata itu kepada raja.
29Sesudah itu raja menyuruh semua tua-tua Yehuda dan Yerusalem berkumpul. 30Raja pun pergi ke Bait TUHAN bersama-sama semua orang Yehuda, penduduk Yerusalem, para imam, bani Lewi, dan seluruh rakyat, daripada yang besar sampai kepada yang kecil. Dibacanya semua perkataan kitab perjanjian yang ditemukan di Bait TUHAN itu, sementara mereka mendengarkannya. 31Kemudian raja berdiri di tempatnya dan mengikat perjanjian di hadapan TUHAN untuk hidup mengikuti TUHAN serta berpegang teguh pada segala perintah-Nya, peraturan-Nya, dan ketetapan-Nya dengan segenap hatinya dan dengan segenap jiwanya, serta untuk melakukan perkataan perjanjian yang tertulis dalam kitab itu. 32Dia menyuruh semua orang yang ada di Yerusalem dan di Tanah Benyamin turut serta dalam perjanjian itu. Maka penduduk Yerusalem bertindak selaras dengan perjanjian Allah, Allah nenek moyang mereka. 33Yosia menyingkirkan segala berhala yang keji dari seluruh negeri milik orang Israel. Dia menyuruh semua orang yang ada di Israel beribadat kepada TUHAN, Allah mereka. Sepanjang Yosia hidup, mereka tidak menyimpang dan tetap mengikuti TUHAN, Allah nenek moyang mereka.

Terpilih Sekarang Ini:

2 Tawarikh 34: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk