1 Samuel 12

12
Ucapan perpisahan Samuel
1Berkatalah Samuel kepada seluruh orang Israel, “Telah kupenuhi segala permintaanmu yang kamu sampaikan kepadaku, dan aku sudah menobatkan seorang raja untuk memerintah kamu. 2Maka sekarang raja itulah yang menjadi pemimpinmu; tetapi aku ini telah menjadi tua dan beruban, dan bukankah anak-anakku ada dalam kalangan kamu? Akulah yang menjadi pemimpinmu sejak zaman mudaku sampai hari ini. 3#Sir 46:19.Di sini aku berdiri. Berikanlah kesaksian terhadap aku di hadapan TUHAN dan di hadapan orang pilihan yang diurapi-Nya: Lembu siapakah yang telah kuambil? Keldai siapakah yang telah kuambil? Siapakah yang pernah kutipu? Siapakah yang pernah kutindas? Daripada tangan siapakah pernah kuterima sogokan yang membuatku tutup mata? Buatlah kesaksian terhadapku dan aku akan mengembalikan kesemuanya kepadamu.”
4Jawab mereka, “Engkau tidak pernah menipu kami dan tidak pernah menindas kami ataupun menerima apa-apa daripada tangan sesiapa pun.”
5Lalu Samuel berkata kepada mereka, “Pada hari ini, TUHAN menjadi saksi kepada kamu, dan orang pilihan-Nya yang diurapi-Nya juga menjadi saksi bahawa kamu tidak mendapati apa-apa dalam tanganku.”
Jawab mereka, “Dia menjadi saksi.”
6 # Kel 6:26. Lalu berkatalah Samuel kepada bangsa itu, “TUHAN ialah saksi, yang melantik Musa dan Harun dan yang memimpin nenek moyangmu keluar dari Tanah Mesir. 7Oleh sebab itu, berdirilah supaya aku bersama-sama kamu bersaksi di hadapan TUHAN mengenai segala perbuatan penyelamatan TUHAN yang telah dikerjakan-Nya bagimu dan nenek moyangmu. 8#Kel 2:23.Ketika Yakub berkelana ke Mesir, nenek moyangmu berseru-seru kepada TUHAN, maka TUHAN mengutus Musa dan Harun, yang membawa nenek moyangmu keluar dari Mesir, dan membiarkan mereka menetap di tempat ini. 9#Hak 4:2. Hak 13:1. Hak 3:12.Tetapi mereka melupakan TUHAN, Allah mereka, dan Dia menyerahkan mereka ke dalam tangan Sisera, panglima tentera di Hazor, dan ke dalam tangan orang Filistin dan raja Moab, yang berperang melawan mereka. 10#Hak 10:10-15.Lantas mereka berteriak dan berseru kepada TUHAN, kata mereka, ‘Kami telah berdosa, kerana kami telah meninggalkan TUHAN dan beribadat kepada Baal dan Asytoret; tetapi sekarang lepaskanlah kami daripada tangan musuh-musuh kami, maka kami akan beribadat kepada-Mu.’ 11#Hak 7:1. Hak 4:6. Hak 11:29. 1Sam 3:20.Maka TUHAN mengutus Yerubaal, Barak, Yefta dan Samuel, dan melepaskan kamu daripada tangan musuh di sekelilingmu, sehingga kamu boleh tinggal dalam ketenteraman. 12#1Sam 8:19.Tetapi apabila kamu melihat, bahawa Nahas, raja bani Amon, datang menyerang kamu, maka kamu berkata kepadaku: Tidak, kami sepatutnya diperintah oleh seorang raja, walhal TUHAN, Allahmu ialah rajamu.
13Maka sekarang, lihatlah raja yang telah kamu pilih, yang kamu minta. Sesungguhnya, TUHAN telah mengangkat raja atasmu. 14Jika kamu takut kepada TUHAN, beribadat kepada-Nya, mematuhi-Nya, dan tidak menderhaka terhadap titah TUHAN, dan jika kamu serta raja yang bertakhta atasmu itu hidup mengikuti TUHAN, Allahmu, maka baiklah keadaanmu. 15Akan tetapi, jika kamu tidak mahu mematuhi TUHAN, malah menderhaka terhadap titah TUHAN, maka tangan TUHAN akan melawan kamu, sebagaimana Dia melawan nenek moyangmu dahulu. 16Sekarang, tetaplah berdiri dan lihatlah segala perkara besar-besar yang akan dilakukan TUHAN di hadapan matamu. 17Sekarang ini musim menuai gandum, bukan? Namun demikian, aku akan berseru kepada TUHAN supaya Dia menurunkan guruh dan hujan. Dengan demikian kamu akan tahu dan menyedari bahawa di mata TUHAN besarlah kejahatan yang telah kamu lakukan dengan meminta seorang raja bagimu.”
18Kemudian Samuel berseru kepada TUHAN, dan pada hari itu TUHAN menurunkan guruh dan hujan, sehingga seluruh umat itu menjadi sangat takut kepada TUHAN dan kepada Samuel. 19Kata seluruh bangsa itu kepada Samuel, “Berdoalah kepada TUHAN, Allahmu, bagi hamba-hambamu ini supaya jangan kami mati. Kami telah menambah segala dosa kami dengan kejahatan ini, iaitu meminta seorang raja untuk menjadi pemerintah kami.”
20Kata Samuel kepada bangsa itu, “Jangan takut, memang kamu telah melakukan segala kejahatan ini, tetapi jangan berhenti mengikuti TUHAN. Beribadatlah kepada TUHAN dengan segenap hatimu. 21Jangan menyimpang, mengikuti kesia-siaan yang tidak memberikan faedah dan tidak menyelamatkan, kerana semua itu kesia-siaan belaka. 22TUHAN tidak akan menterlantarkan umat-Nya demi nama-Nya yang besar itu, kerana TUHAN telah berkenan menjadikan kamu umat-Nya. 23Bagiku, janganlah aku sekali-kali berdosa terhadap TUHAN dengan berhenti mendoakan kamu; aku akan mengajarmu jalan yang baik dan lurus. 24Hanya, takutlah kepada TUHAN dan setialah beribadat kepada-Nya dengan segenap hatimu, kerana ketahuilah, betapa besarnya hal-hal yang telah dilakukan-Nya bagimu. 25Akan tetapi, jika kamu tetap berbuat jahat, maka baik kamu mahupun rajamu akan dibinasakan.”

Terpilih Sekarang Ini:

1 Samuel 12: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk