Saudara-saudara yang kukasihi, marilah kita kasih-mengasihi kerana kasih itu datang daripada Allah. Sesiapa yang kasih-mengasihi lahir daripada Allah dan mereka mengenal Allah. Sesiapa yang tidak mengasihi sesama manusia tidak mengenal Allah kerana Allah itu kasih. Begitu kasihnya Allah kepada kita sehingga Dia menghantar Anak-Nya yang tunggal ke dunia supaya melalui-Nya kita mendapat hidup yang kekal. Demikianlah kasih: bukannya kita mengasihi Allah tetapi Allah mengasihi kita lalu menghantar Anak-Nya sebagai korban pendamaian bagi dosa kita. Saudara-saudara yang kukasihi, Allah amat mengasihi kita, maka haruslah kita kasih-mengasihi. Tiada siapa pernah melihat Allah tetapi jika kita kasih-mengasihi, Allah tetap ada di dalam kita dan kasih-Nya disempurnakan di dalam diri kita.
Baca 1 Yohanes 4
Kongsi
Kita mengasihi sesama manusia kerana Tuhan terlebih dahulu mengasihi kita. Jika sesiapa berkata, “Aku mengasihi Allah,” tetapi dia benci akan saudaranya, dia seorang pendusta. Jika dia tidak mengasihi saudaranya yang dapat dilihatnya, betapa dia mengasihi Allah yang tidak dapat dilihatnya? Kristus telah memberi kita perintah ini: Sesiapa yang mengasihi Allah mesti mengasihi saudaranya juga.
Bandingkan Semua Versi: 1 Yohanes 4:7-12, 19-21
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video