Jika kita taat akan perintah Allah, benarlah kita mengenal-Nya. Sekiranya seseorang berkata, “Aku mengenal Allah,” tetapi tidak taat akan perintah-Nya, maka dia seorang pendusta dan kebenaran tidak ada dalam dirinya. Tetapi jika sesiapa taat akan firman Allah, maka sempurnalah kasih Allah di dalam orang itu. Dengan demikian kita ketahui kita ada di dalam Dia: Sesiapa berkata bahawa dia tetap di dalam Allah, hendaklah dia menurut jejak langkah Kristus. Sahabat-sahabat yang kukasihi, perintah yang kutulis ini bukanlah perintah baru. Perintah ini perintah lama, yang telah kamu terima dari mulanya. Perintah lama ini firman Allah yang telah kamu dengar. Namun demikian, perintah yang kutulis ini tetap baru: Kebenarannya ternyata pada diri Kristus dan dirimu. Ini disebabkan kegelapan hampir berlalu dan cahaya yang benar telah pun bersinar. Sesiapa yang berkata bahawa dia hidup dalam cahaya tetapi dia benci akan saudaranya, maka dia tetap berada dalam kegelapan hingga sekarang. Sesiapa yang kasih akan saudaranya hidup dalam cahaya dan dalam dirinya tidak ada sesuatu pun yang dapat membuatnya kecundang. Tetapi sesiapa yang benci akan saudaranya hidup dalam kegelapan. Dia melangkah dalam kegelapan dan tidak tahu ke mana hala tujunya, kerana kegelapan telah membutakannya.
Baca 1 Yohanes 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 Yohanes 2:3-11
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video