1 Tawarikh 9
9
Daftar penduduk Yerusalem
1Demikianlah semua orang Israel dicatat dalam salasilah. Sesungguhnya, mereka tertulis dalam kitab raja-raja Israel.
Orang Yehuda telah dibuang ke Babel kerana kemungkaran mereka. 2#Ezr 2:27; Neh 7:73.Penduduk yang pertama sekali kembali menetap di tanah-tanah milik mereka, di kota-kota mereka, ialah orang Israel awam, para imam, bani Lewi, dan para hamba Bait Allah.
3Di Yerusalem tinggal para suku bani Yehuda, bani Benyamin, bani Efraim dan Manasye:
4Utai anak Amihud anak Omri anak Imri anak Bani, daripada keturunan Peres anak Yehuda.
5Daripada keturunan Syela: Asaya, anak sulungnya serta anak-anaknya.
6Daripada keturunan Zerah: Yeuel dan saudara-saudaranya — 690 orang.
7Daripada keturunan Benyamin:
Salu anak Mesulam, anak Hodawya, anak Hasenua,
8Yibnea anak Yeroham, Ela anak Uzi, anak Mikhri, Mesulam anak Sefaca, anak Rehuel, anak Yibnia,
9dan saudara-saudara mereka menurut keturunan mereka — 956 orang. Mereka semua ketua kaum keluarga menurut kaum-kaum keluarga mereka.
10Daripada para imam ialah Yedaya, Yoyarib, Yakhin,
11Azarya anak Hilkia, anak Mesulam, anak Zadok, anak Merayot, anak Ahitub, ketua pegawai Rumah Allah;
12Adaya anak Yeroham, anak Pasyhur, anak Malkia; dan Masai anak Adiel, anak Yahzera, anak Mesulam, anak Mesilemit, anak Imer;
13dengan para saudara mereka, para ketua kaum keluarga — 1,760 orang. Mereka ialah kalangan yang cukup berkemahiran dalam melaksanakan ibadat di Rumah Allah.
14Daripada bani Lewi:
Semaya anak Hasub, anak Azrikam, anak Hasabya, daripada keturunan Merari; 15seterusnya Bakbakar, Heres, Galal, Matanya anak Mikha, anak Zikhri, anak Asaf, 16Obaja anak Semaya, anak Galal, anak Yedutun, dan Berekhya anak Asa, anak Elkana, yang tinggal di desa-desa orang Netofa.
17Para penjaga pintu gerbang:
Salum, Akub, Talmon, Ahiman, dan saudara-saudara mereka. Salum ialah ketua mereka, 18yang sampai sekarang menjaga di pintu gerbang raja di sebelah timur. Merekalah penjaga pintu gerbang perkhemahan bani Lewi. 19Salum anak Kore, anak Ebyasaf, anak Korah bersama-sama saudaranya sekaum keluarga, iaitu bani Korah, bertugas melaksanakan pekerjaan sebagai penjaga pintu Khemah Suci. Nenek moyang mereka pun dahulu bertanggungjawab atas perkhemahan TUHAN sebagai penjaga pintu masuk. 20Pinehas anak Eleazar ialah pemimpin mereka pada masa lampau, dan TUHAN menyertainya. 21Zakharia anak Meselemya ialah penjaga pintu Khemah Pertemuan.
22Jumlah semua orang yang terpilih sebagai penjaga pintu ialah dua ratus dua belas orang. Mereka yang tercatat dalam salasilah di desa-desa mereka ditetapkan oleh Daud dan Samuel, pelihat itu, dalam jawatan tetap itu. 23Mereka dan anak-anak mereka bertanggungjawab menjaga pintu-pintu gerbang Bait TUHAN, yang dahulu disebut Khemah Suci. 24Para penjaga pintu gerbang ditempatkan pada empat arah mata angin, iaitu timur, barat, utara, dan selatan. 25Saudara-saudara mereka yang tinggal di desa mereka harus datang setiap tujuh hari, dari waktu ke waktu, untuk menyertai mereka, 26kerana keempat-empat ketua penjaga pintu gerbang itu memegang jawatan tetap. Mereka itu orang Lewi dan menjadi penanggungjawab bagi bilik-bilik serta perbendaharaan Rumah Allah. 27Mereka bermalam di sekitar Rumah Allah, kerana mereka bertanggungjawab atas penjagaan. Setiap pagi mereka harus membuka pintu.
28Sebahagian daripada mereka bertanggungjawab atas segala wadah dan kelengkapan peribadatan. Mereka harus menghitung semua wadah itu pada waktu dimasukkan dan dikeluarkan. 29Sebahagian lagi daripada mereka ditetapkan sebagai pengurus segala perabot dan kelengkapan tempat suci, juga tepung terbaik, air anggur, minyak, kemenyan, serta rempah-ratus. 30Beberapa orang daripada keturunan imam bertugas membuat campuran rempah-ratus.
31Matica, salah seorang Lewi yang merupakan anak sulung Salum, orang Korah itu, menjadi petugas tetap yang bertanggungjawab atas pekerjaan membuat roti. 32Sebahagian daripada saudara mereka daripada keturunan Kehat bertanggungjawab atas roti persembahan yang harus disiapkan setiap hari Sabat.
33Berikut ialah para penyanyi, iaitu ketua kaum keluarga orang Lewi, yang tinggal di bilik-bilik dan bebas daripada pekerjaan lain, kerana mereka bertanggungjawab atas pekerjaan itu siang dan malam.
34Itulah para ketua kaum keluarga bani Lewi menurut keturunan mereka. Mereka inilah pemimpin yang tinggal di Yerusalem.
Salasilah Raja Saul
35Di Gibeon tinggallah bapa Gibeon, iaitu Yeiel. Nama isterinya ialah Maakha.
36Anak sulungnya ialah Abdon, diikuti Zur, Kish, Baal, Ner, Nadab,
37Gedor, Ahio, Zakharia, dan Miklot.
38Miklot beranakkan Simeam. Mereka juga tinggal berdekatan dengan saudara-saudara mereka di Yerusalem bersama-sama para saudara mereka yang lain.
39Ner beranakkan Kish. Kish beranakkan Saul. Saul beranakkan Yonatan, Malkisua, Abinadab, dan Esybaal.
40Anak Yonatan ialah Meribaal. Meribaal beranakkan Mikha.
41Anak-anak Mikha ialah Piton, Melekh, Tahrea, dan Ahas.
42Ahas beranakkan Yaera. Yaera beranakkan Alemet, Azmawet, dan Zimri. Zimri beranakkan Moza. 43Kemudian turun-temurun Moza ialah Bina, Refaya dan Elasa, Azel.
44Azel mempunyai enam orang anak lelaki. Inilah nama mereka:
Azrikam, Bokhru, Ismael, Searya, Obaja, dan Hanan. Itulah anak-anak Azel.
Terpilih Sekarang Ini:
1 Tawarikh 9: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited