1 Tawarikh 13

13
Tabut perjanjian Allah dipindahkan dari Kiryat-Yearim
1Daud berunding dengan semua pemimpin, iaitu dengan para pemimpin pasukan seribu dan pasukan seratus. 2Setelah itu, Daud berkata kepada seluruh jemaah Israel, “Jika baik menurutmu dan jika hal ini berasal daripada TUHAN, Allah kita, mari kita kirim utusan untuk menyiarkan khabar kepada saudara-saudara kita yang lain di seluruh Tanah Israel, juga kepada para imam dan bani Lewi yang tinggal dengan mereka di kota-kota yang dikelilingi padang ragut, supaya mereka berkumpul bersama kita. 3Mari kita bawa kembali tabut Allah kita ke tempat kita, kerana pada zaman Saul kita tidak mempedulikan hal itu.” 4Seluruh jemaah itu bersetuju untuk berbuat demikian, kerana hal itu dipandang baik oleh seluruh bangsa.
5 # 1Sam 7:1,2. Maka Daud mengumpulkan semua orang Israel, mulai Sikhor di Mesir sampai ke jalan masuk Hamat, untuk membawa tabut Allah dari Kiryat-Yearim. 6#Kel 25:22.Lalu Daud dan semua orang Israel berangkat ke Baala, iaitu Kiryat-Yearim, yang termasuk wilayah Yehuda, untuk mengangkut tabut Allah dari sana; tabut itu disebut dengan nama TUHAN yang bersemayam di atas malaikat-malaikat kerubin. 7Kemudian dari rumah Abinadab mereka menaikkan tabut Allah itu ke atas pedati yang baru. Uza dan Ahio menghantar pedati itu. 8Lalu di hadapan Allah, Daud dan semua orang Israel menari-nari dengan sekuat tenaga diiringi nyanyian, kecapi, gambus, rebana, ceracap, serta nafiri.
9Ketika mereka sampai di tempat pembantingan Kidon, Uza menghulurkan tangannya untuk memegang tabut itu, kerana lembu-lembu penarik pedati itu tersandung. 10Maka menyalalah murka TUHAN terhadap Uza, dan Allah mengazabkan Uza kerana dia telah menghulurkan tangannya memegang tabut itu. Maka matilah Uza di sana, di hadapan Allah. 11Daud berasa kesal kerana TUHAN telah menyambar Uza. Itulah sebabnya tempat itu disebut Peres-Uza sampai hari ini.
12 # 2Mak 7:19. Pada hari itu Daud menjadi takut kepada Allah, katanya, “Bagaimanakah tabut Allah itu dapat kubawa ke tempatku?” 13Oleh sebab itu Daud tidak jadi memindahkan tabut itu ke tempatnya, iaitu ke Kota Daud, melainkan menyinggahkannya di rumah Obed-Edom, orang Gat. 14#1Taw 26:4,5.Maka tabut Allah itu tinggal di rumah keluarga Obed-Edom selama tiga bulan dan TUHAN pun memberkati keluarga Obed-Edom dan segala miliknya.

Terpilih Sekarang Ini:

1 Tawarikh 13: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk