Maka disŭmbahlah ulih marika itu naga yang tŭlah mŭmbrikan kwasa kapada binatang itu, sŭrta disŭmbahnyalah pula akan binatang itu, katanya, Siapakah yang sama dŭngan binatang itu, dan siapakah yang dapat bŭrprang dŭngan dia?
Maka tŭlah dibrilah padanya suatu mulot yang bŭrkata kata pŭrkara yang bŭsar bŭsar, dan hujat hujat; danlagi kwasa pun tŭlah dibrikan padanya, supaya iya tŭtap ampat puloh dua bulan lamanya.
Maka dibukanyalah mulotnya dŭngan mŭnghujat Allah, iya itu mŭnghujatkan namanya, dan akan ka’abahnya, dan orang yang mŭngdiami shorga.
Maka dibri pula padanya bŭrprang dŭngan orang orang salih, sŭrta mŭngalahkan marika itu; danlagi tŭlah dibri kwasa akan dia atas sagala katuronan, dan bahsa, dan sagala bangsa.
Maka sagala orang yang mŭngdiami diatas bumi ini kŭlak akan mŭnyŭmbah dia, yang nama marika itu tiadalah dituliskan dalam kitab hayat anak Domba yang tŭlah disŭmblih deripada alasan dunia.
Jikalau ada orang yang bŭrtŭlinga, handaklah iya mŭnŭngar.
Maka barang siapa yang mŭmbawa kapada tawanan, maka iya kŭlak akan dimasokkan kadalam tawanan; dan barang siapa yang mŭmbunoh dŭngan pŭdang, maka dapat tiada iyapun akan dibunoh dŭngan pŭdang: maka inilah sabar dan iman orang orang salih.
Maka kulihat pula sa’ekor binatang lain kluar deri bumi; adalah bagienya dua tandok spŭrti anak domba, maka iya bŭrtutor spŭrti naga.
Maka dilakukannyalah sagala kwasa binatang yang pŭrtama itu dihadapannya, sŭrta pula dijadikannya sagala isi bumi, dan sagala orang yang mŭngdiami dalamnya itu mŭnyŭmbah akan binatang yang pŭrtama itu, yang luka paranya tŭlah disŭmbohkan.
Sŭrta diadakannya ajaib yang bŭsar bŭsar, sahingga dituronkannya api deri langit ka’atas bumi dihadapan sagala manusia.
Maka ditipunyalah akan orang orang yang mŭngdiami diatas bumi dŭngan mujizat mujizat yang iya ada bŭrkwasa mŭngadakan dihadapan binatang itu; sambil iya bŭrkata kapada orang orang yang mŭngdiami diatas bumi, supaya dijadikan ulih marika itu suatu gambar spŭrti rupa binatang yang dilukai ulih pŭdang, dan tŭlah hidop pula.
Maka bŭrkwasalah pula iya mŭnghidopkan gambar binatang itu supaya gambar binatang itu dapat bŭrtutor, dan mŭnjadikan sŭbanyak orang yang tiada mahu mŭnyŭmbah gambar binatang itu patut dibunoh.
Dan dijadikannya skalian, baik kŭchil baik bŭsar, baik kaya baik mŭskin, baik mŭrdehka baik abdi, mŭnŭrima satu tanda ditangan kanannya atau didahinya.
Maka barang sa’orang juapun ta’bulihlah bŭrjual bŭli, mŭlainkan orang yang ada mŭmpunyai tanda itu, atau nama binatang itu, atau bilangan namanya itu.
Inilah hikmat. Biarlah orang yang ada bŭrbudi itu mŭmbilang banyaknya binatang itu; kŭrna bilangannya itu bilangan sa’orang manusia, dan bilangannya itu anam ratus anam puloh anam.