Philemon 1:8-25

Philemon 1:8-25 KEAS

Maka sŭbab itu sungguh pun aku bulih jadi lebih brani dalam Almasih akan amanatkan kapada angkau deri hal pŭrkara yang bŭrguna itu; Akan tŭtapi ulih sŭbab kasih, tŭrlebih baik aku minta padamu, sŭbab angkau bagie aku juga Paulus sa’orang tua, danlagi sa’orang yang tŭrbŭlunggu kŭrna Isa Almasih. Maka kupinta kapadamu deri kŭrna Onesimus, anakku yang tŭlah kupranakkan dalam blungguku, Yang pada masa tŭlah lalu itu tiada bŭrguna padamu, akan tŭtapi skarang bŭrgunalah iya padamu dan padaku. Iya tŭlah kusurohkan pulang pula, maka sŭbab itu handaklah kiranya angkau mŭnŭrima akan dia, iya itu buah hatiku sŭndiri, Yang handak kumŭnahankan sŭrtaku, supaya iya akan bŭrkhodmat kapadaku gantimu, didalam blungguku deri kŭrna Injil. Akan tŭtapi dŭngan tiada kŭtahuimu, tiadalah aku mahu bŭrbuat barang suatu, supaya kŭbajikanmu itu jangan jadi dŭngan paksa, mŭlainkan dŭngan kŭrelaan. Kŭrna barang kali sŭbab itulah iya tŭlah bŭrchŭrie deripadamu sŭbŭntar sahja lamanya, supaya angkau bulih mŭnaroh dia kŭkal. Maka bukannya skarang spŭrti sa’orang hamba, mŭlainkan tŭrlebih deripada hamba, iya itu sa’orang saudara yang kŭkasih, istimewa bagieku, tŭtapi brapa lagi kŭlak bagiemu, baik dalam daging dan darah, baik dalam Tuhan. Maka sŭbab itu jikalau kiranya angkau mŭmbilangkan aku ini sa’orang taulan, trimalah akan dia itu spŭrti aku sŭndiri. Maka jikalau ada salahnya, atau hutang apa apa padamu, masokkanlah itu dalam kira kiraku. Bahwa aku ini Paulus tŭlah mŭnulis itu dŭngan tanganku sŭndiri, maka aku akan mŭmbayar itu: sungguh pun aku tiada mŭngatakan padamu bŭtapa angkau ada bŭrhutang padaku, iya itupun dirimu sŭndiri. Bahkan saudara, biarlah aku ini bŭrulih kasukaan deripadamu bagie Tuhan: sŭgarkanlah hatiku bagie Tuhan. Sŭbab pŭrchayalah aku angkau kŭlak mŭnurot, aku kirimkan surat ini padamu, kŭrna aku tŭlah kŭtahuilah angkau akan bŭrbuat tŭrlebih pula deripada pŭrkataanku. Maka dalam itupun sŭdiakanlah bagieku suatu tŭmpat mŭnumpang: kŭrna haraplah aku dŭngan bŭrkat doamu aku akan dikŭmbalikan padamu. Epafras kawan sŭpanjara dŭngan aku kŭrna Isa Almasih ampunya sŭlam padamu. Dan lagi Markus, dan Aristarkas, dan Dimas, dan Lukas, yang sama bŭkŭrja dŭngan aku ampunya sŭlam. Maka adalah kiranya anugrah Tuhan kami Isa Almasih bŭsŭrta dŭngan Rohmu. Amin. ¶ Tŭrmaktob surat ini dinŭgri Rom, dan dikirimkan kapada Philemon, ulih Onesimus sa’orang hamba.