Injil Mathius 4:1-11

Injil Mathius 4:1-11 KEAS

KUMDIAN deripada itu, maka Isa pun dibawalah ulih Roh pŭrgi kapada suatu padang bŭlantara, supaya dichobai ulih Iblis akan dia. Hata maka puasalah iya ampat puloh hari ampat puloh malam, kumdian deripada itu, bahrulah iya lapar. Maka Iblis itupun datanglah kapadanya sambil bŭrkata, Jikalau kiranya angkau anak Allah, maka surohkanlah batu batu ini mŭnjadi roti. Tŭtapi jawab Isa, katanya, Bahwa tŭlah tŭrsurat, bukannya manusia ini bulih hidop dŭngan makan roti sahja, mŭlainkan ulih tiap tiap pŭrkataan yang tŭrbit deripada mulot Allah. Sŭtlah itu lalu diambil Iblis akan Isa pula, dibawanya pŭrgi kaBethalmukadis, sŭrta didirikannya akan dia diatas bumbongan ka’abah; Maka katanya pula pada Isa, Jikalau kiranya angkau anak Allah, tŭrjunkanlah dirimu kabawah, kŭrna sudah tŭrsurat, Bahwa Allah akan bŭrfŭrman kapada sagala maliekatnya deri halmu, maka akan ditatangnya dikau diatas tangannya supaya jangan tŭrantak kakimu pada batu. Maka bŭrkata Isa padanya, Bahwa tŭlah tŭrsurat pula, maka janganlah angkau mŭnchobai Tuhan Allahmu itu. Maka dibawalah ulih Iblis pula akan dia ka’atas sa’buah bukit yang amat tinggi, lalu diunjokkannyalah padanya sagala krajaan dunia dan kamulianaya; Maka katanya pada Isa, Bahwa skalian ini akan kubrikan padamu, jikalau angkau mahu sujud mŭnyŭmbah aku. Maka tŭtkala itu bŭrkata Isa padanya, Nyahlah angkau hie Shietan, kŭrna sudah tŭrsurat, Bahwa handaklah angkau mŭnyŭmbah Tuhan Allahmu, sŭrta bŭribadat kapadanya sahja. Sŭtlah itu, maka undorlah Iblis deripadanya, hieran, maka datanglah bŭbrapa maliekat mŭlayani akan dia.

Video untuk Injil Mathius 4:1-11

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan Injil Mathius 4:1-11