Injil Mathius 27:27-44

Injil Mathius 27:27-44 KEAS

Tŭtkala itu maka diambillah ulih sagala lashkar Raja akan Isa, maka dibawanyalah bŭrsama sama kabalierong, maka bŭrkamponglah sagala pasukan lashkar itu kapadanya. Lalu ditanggalkannya pakieannya, maka dipakiekannya suatu baju yang ungu warnanya. Maka dianyamkannya pula suatu mahakota deripada duri, dipakiekannya ka’atas kapalanya, sŭrta dibrinya sa’batang buloh katangan kanannya, maka bŭrtŭlotlah marika itu dihadapannya, diolok olokkannya akan dia, katanya, Slamatlah hie Raja orang Yahudi. Maka diludahinya akan dia, sŭrta diambilnya tongkat itu dipukolkannya kakŭpalanya. Maka apabila sudahlah marika itu mŭngolok olokkan dia, maka ditanggalkannya baju itu, lalu dipakiekannya pakieannya sŭndiri, sambil dibawanyalah kluar handak disalebkannya akan dia. Maka apabila marika itu kluar, lalu didapatinya sa’orang orang Siereni yang bŭrnama Simon, maka iya pun dipaksainya mŭmikol kayu saleb itu. Maka sŭtlah sampie marika itu kapada tŭmpat yang bŭrnama Golgotha, iya itu artinya tŭmpat tŭngkorak. Maka dibrinyalah akan Isa minom chuka bŭrchampor dŭngan hŭmpŭdu, maka apabila dichobainya, maka tiada iya mahu minom itu. Maka disalebkannya akan dia, lalu dibahgi ulih marika itu pakieannya dŭngan mŭmbuang undi, supaya gŭnaplah barang yang dikatakan ulih Nabi, Bahwa marika itu tŭlah mŭmbahgi pakieanku diantara marika itu, maka diatas bajuku marika itu mŭmbuang undi. Maka dudoklah marika itu mŭnunggui akan dia disana. Lalu dibubohkannya pula ka’atas kapalanya surat tudohan dŭmkian bunyinya, IYA INILAH ISA RAJA ORANG YAHUDI. Maka ada pula bŭrsama sama dŭngan dia dua orang pŭnyamun disalebkan, sa’orang sŭblah kanannya, sa’orang sŭblah kirinya. Maka sagala orang yang lalu lalang pun mŭnchŭla akan dia sambil mŭngonchang kapala. Sŭrta bŭrkata, Hie angkau yang mŭmŭchahkan ka’abah, dan dapat mŭmbangunkan dia dalam tiga hari, lŭpaskanlah dirimu. Jikalau sungguh angkau anak Allah, turonlah deri atas saleb itu. Maka dŭmkian lagi imam imam yang bŭsar, dan khatib khatib, dan orang tua tua pun, dan orang Farisia mŭngolok olokkan dia, sŭrta bŭrkata, Iya tŭlah mŭlŭpaskan orang lain, tŭtapi dirinya tiada dapat dilŭpaskannya. Maka jikalau kiranya iya Raja orang Israil, biarlah iya turon deri atas saleb itu, bahrulah kita pŭrchaya akan dia. Iya tŭlah harap pada Allah, maka biarlah dilŭpaskan Allah akan dia skarang jikalau direlainya akan dia, kŭrna iya tŭlah bŭrkata, Bahwa akulah anak Allah. Maka pŭnyamun pŭnyamun yang disalebkan sŭrtanya itupun dŭmkian juga mŭnista akan dia.

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan Injil Mathius 27:27-44