PADA tŭtkala itu bŭrkatalah Isa kapada pŭrhimponan orang itu, dan kapada murid muridnya,
Katanya, Adapun khatib khatib dan orang orang Farisia itu ada dudok diatas korsi Musa.
Sŭbab itu sagala sasuatu yang disurohkannya bŭrbuat, maka pŭrbuatlah ulihmu akan dia, tŭtapi janganlah kamu mŭnurot kŭlakuannya, kŭrna marika itu mŭngatakan sahja, tŭtapi tiada dipŭrbuatnya.
Kŭrna marika itu mŭngikat tanggongan yang brat, dan susah dipikolnya, maka ditarohkannya diatas bahu manusia, tŭtapi marika itu tiada mahu mŭnggrakkan iya itu dŭngan suatu jarinya pun.
Adapun sagala pŭrbuatannya itu dipŭrbuatnya, supaya dilihat ulih manusia sahja, kŭrna dilebarkannya azimat pada dahinya, dan dipanjangkannya rambu rambu pakieannya.
Maka sukalah marika itu dudok pada tŭmpat katinggian dalam pŭrjamuan, dan pada kadudokan yang mulia dalam kŭnisa kŭnisa.
Dan disukainya orang mŭmbri sŭlam dipŭkan pŭkan, dan orang mŭmanggil akan dia Mulana, Mulana.
Tŭtapi janganlah kamu ini dinamai Mulana, Mulana, kŭrna ada sa’orang jua Guru kamu, iya itu Almasih, maka kamu skalian ini bŭrsaudara.
Janganlah kamu mŭmanggil kapada sa’orang jua pun dalam dunia ini ayah, kŭrna asa jua Ayahmu, iya itu yang ada dishorga.
Maka janganlah kamu dinamai guru guru, kŭrna sa’orang jua Guru kamu, iya itulah Almasih.
Tŭtapi yang tŭrlebih bŭsar diantara kamu, iya itulah patut mŭnjadi hambamu.
Maka barang siapa yang mŭninggikan dirinya, iya itu akan dihinakan, dan barang siapa yang mŭrŭndahkan dirinya, iya itu akan ditinggikan.
¶ Tŭtapi karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang Farisia, hie munafik! kŭrna kamu tŭlah mŭngunchikan krajaan shorga itu dihadapan manusia, maka kamu sŭndiri pun tiada masok, dan orang yang handak masok pun tiada kamu bri.
Karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang orang Farisia, hie munafik! kŭrna kamu makankan sagala harta bŭndah pŭrampuan janda, dan mŭlanjotkan sŭmbahyang dŭngan pura pura, sŭbab itulah kamu akan mŭnŭrima seksa yang tŭrlebih brat.
Karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang orang Farisia, hie munafik! kŭrna kamu mŭnglilingi laut dan darat, akan mŭnjadi sa’orang mualaf, dan apabila iya jadi dŭmkian, maka kamu jadikan dia pula isi nŭraka, dua kali gandah tŭrlebih deripada kamu sŭndiri.
Karamlah bagiemu, hie pŭmimpin buta! yang bŭrkata, Jikalau barang sa’orang bŭrsumpah dŭngan nama ka’abah, iya itu tiada mŭngapa; tŭtapi jikalau barang sa’orang yang bŭrsumpah dŭngan nama mas ka’bah, iya itu mŭnjadi fŭrlu.
Hie orang orang bodoh, dan buta, apakah yang tŭrlebih bŭsar, maskah atau ka’abahkah, yang mŭnjadikan mas itu suchi?
Dan lagi katamu, Jikalau barang sa’orang yang bŭrsumpah dŭngan nama tŭmpat pŭrsŭmblihan, iya itu tiada mŭngapa; tŭtapi jikalau iya bŭrsumpah dŭngan nama pŭrsŭmbahan yang diatas tŭmpat itu, iya itu mŭnjadi dosa.
Hie orang orang bodoh, dan buta, apakah yang tŭrlebih bŭsar, pŭrsŭmbahankah, atau tŭmpat pŭrsŭmblihankah, yang mŭnjadikan pŭrsŭmbahan itu suchi?
Sŭbab itu barang siapa yang bŭrsumpah dŭngan nama tŭmpat pŭrsŭmblihan, sŭrasa iya bŭrsumpah dŭngan nama tŭmpat itu, dan dŭngan nama skalian yang diatasnya itu.
Dan barang siapa yang bŭrsumpah dŭngan nama ka’abah, sŭrasa iya bŭrsumpah dŭngan nama ka’abah, dan dŭngan nama Tuhan yang dudok dalamnya.
Dan barang siapa yang bŭrsumpah dŭngan nama shorga, maka sŭrasa iya bŭrsumpah dŭngan arash Allah, sŭrta dŭngan nama yang dudok diatasnya itu.