MATIUS 23:1-22
MATIUS 23:1-22 Alkitab Berita Baik (BM)
Lalu Yesus berkata kepada orang ramai dan kepada pengikut-pengikut-Nya, “Guru Taurat dan orang Farisi diberikan kuasa untuk mentafsirkan Taurat Musa. Oleh itu taatilah dan turutilah segala yang diperintahkan mereka. Tetapi jangan lakukan apa yang dilakukan mereka, kerana perbuatan mereka tidak sesuai dengan ajaran mereka. Mereka meletakkan beban yang berat dan susah dipikul ke atas bahu orang, tetapi mereka tidak mahu menghulurkan satu jari pun untuk menolong orang memikul beban itu. Mereka melakukan segala sesuatu hanya untuk dilihat orang. Lihatlah betapa besarnya bekas ayat Alkitab yang diikat pada dahi dan lengan mereka. Perhatikan juga betapa panjangnya rumbai jubah mereka! Mereka gemar akan tempat yang terbaik di majlis jamuan, dan akan kerusi istimewa di rumah ibadat. Mereka suka dihormati orang di pasar, dan suka dipanggil ‘Guru.’ Janganlah minta orang menyebut kamu ‘Guru’, kerana kamu semua bersaudara dan Guru kamu hanya satu. Janganlah panggil sesiapa pun di dunia ini ‘Bapa’, kerana kamu hanya mempunyai satu Bapa yang di syurga. Janganlah minta orang menyebut kamu ‘Pemimpin’, kerana Penyelamat yang diutus oleh Allah itu satu-satunya pemimpin kamu. Orang yang terbesar antara kamu harus menjadi pelayan kamu. Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan, dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.” “Alangkah malangnya kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu menghalang orang menikmati Pemerintahan Allah. Bukan sahaja kamu tidak mahu menikmati Pemerintahan Allah, bahkan kamu menghalang orang yang berusaha menikmatinya. [ Alangkah malangnya kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu memperdaya balu dan merampas rumah mereka, kemudian pura-pura berdoa dengan berpanjangan. Oleh itu, kamu akan menerima hukuman yang berat!] Alangkah malangnya kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu menyeberangi lautan dan menjelajah daratan untuk menjadikan seorang pemeluk agama kamu. Tetapi setelah kamu berjaya, kamu menjadikan dia layak menerima hukuman di neraka yang dua kali banyaknya seperti kamu sendiri! Alangkah malangnya kamu pemimpin buta! Kamu mengajarkan hal ini, ‘Jika seseorang bersumpah demi Rumah Tuhan, orang itu tidak terikat pada sumpahnya. Tetapi jika dia bersumpah demi emas di dalam Rumah Tuhan, dia terikat pada sumpahnya.’ Kamu orang bodoh yang buta! Manakah yang lebih mustahak: Emas atau Rumah Tuhan yang menjadikan emas itu suci? Kamu juga mengajarkan ini, ‘Jika seseorang bersumpah demi mazbah, orang itu tidak terikat pada sumpahnya, tetapi jika dia bersumpah demi persembahan di atas mazbah itu, dia terikat pada sumpahnya.’ Alangkah butanya kamu! Manakah yang lebih mustahak? Persembahan itu atau mazbah yang menjadikan persembahan itu suci? Oleh itu, apabila seseorang bersumpah demi mazbah, dia bersumpah demi mazbah itu dan demi segala persembahan di atasnya. Apabila seseorang bersumpah demi Rumah Tuhan, dia bersumpah demi Rumah itu dan demi Allah yang tinggal di situ. Apabila seseorang bersumpah demi syurga, dia bersumpah demi takhta Allah dan demi Allah yang duduk di takhta itu.
MATIUS 23:1-22 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
PADA tŭtkala itu bŭrkatalah Isa kapada pŭrhimponan orang itu, dan kapada murid muridnya, Katanya, Adapun khatib khatib dan orang orang Farisia itu ada dudok diatas korsi Musa. Sŭbab itu sagala sasuatu yang disurohkannya bŭrbuat, maka pŭrbuatlah ulihmu akan dia, tŭtapi janganlah kamu mŭnurot kŭlakuannya, kŭrna marika itu mŭngatakan sahja, tŭtapi tiada dipŭrbuatnya. Kŭrna marika itu mŭngikat tanggongan yang brat, dan susah dipikolnya, maka ditarohkannya diatas bahu manusia, tŭtapi marika itu tiada mahu mŭnggrakkan iya itu dŭngan suatu jarinya pun. Adapun sagala pŭrbuatannya itu dipŭrbuatnya, supaya dilihat ulih manusia sahja, kŭrna dilebarkannya azimat pada dahinya, dan dipanjangkannya rambu rambu pakieannya. Maka sukalah marika itu dudok pada tŭmpat katinggian dalam pŭrjamuan, dan pada kadudokan yang mulia dalam kŭnisa kŭnisa. Dan disukainya orang mŭmbri sŭlam dipŭkan pŭkan, dan orang mŭmanggil akan dia Mulana, Mulana. Tŭtapi janganlah kamu ini dinamai Mulana, Mulana, kŭrna ada sa’orang jua Guru kamu, iya itu Almasih, maka kamu skalian ini bŭrsaudara. Janganlah kamu mŭmanggil kapada sa’orang jua pun dalam dunia ini ayah, kŭrna asa jua Ayahmu, iya itu yang ada dishorga. Maka janganlah kamu dinamai guru guru, kŭrna sa’orang jua Guru kamu, iya itulah Almasih. Tŭtapi yang tŭrlebih bŭsar diantara kamu, iya itulah patut mŭnjadi hambamu. Maka barang siapa yang mŭninggikan dirinya, iya itu akan dihinakan, dan barang siapa yang mŭrŭndahkan dirinya, iya itu akan ditinggikan. ¶ Tŭtapi karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang Farisia, hie munafik! kŭrna kamu tŭlah mŭngunchikan krajaan shorga itu dihadapan manusia, maka kamu sŭndiri pun tiada masok, dan orang yang handak masok pun tiada kamu bri. Karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang orang Farisia, hie munafik! kŭrna kamu makankan sagala harta bŭndah pŭrampuan janda, dan mŭlanjotkan sŭmbahyang dŭngan pura pura, sŭbab itulah kamu akan mŭnŭrima seksa yang tŭrlebih brat. Karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang orang Farisia, hie munafik! kŭrna kamu mŭnglilingi laut dan darat, akan mŭnjadi sa’orang mualaf, dan apabila iya jadi dŭmkian, maka kamu jadikan dia pula isi nŭraka, dua kali gandah tŭrlebih deripada kamu sŭndiri. Karamlah bagiemu, hie pŭmimpin buta! yang bŭrkata, Jikalau barang sa’orang bŭrsumpah dŭngan nama ka’abah, iya itu tiada mŭngapa; tŭtapi jikalau barang sa’orang yang bŭrsumpah dŭngan nama mas ka’bah, iya itu mŭnjadi fŭrlu. Hie orang orang bodoh, dan buta, apakah yang tŭrlebih bŭsar, maskah atau ka’abahkah, yang mŭnjadikan mas itu suchi? Dan lagi katamu, Jikalau barang sa’orang yang bŭrsumpah dŭngan nama tŭmpat pŭrsŭmblihan, iya itu tiada mŭngapa; tŭtapi jikalau iya bŭrsumpah dŭngan nama pŭrsŭmbahan yang diatas tŭmpat itu, iya itu mŭnjadi dosa. Hie orang orang bodoh, dan buta, apakah yang tŭrlebih bŭsar, pŭrsŭmbahankah, atau tŭmpat pŭrsŭmblihankah, yang mŭnjadikan pŭrsŭmbahan itu suchi? Sŭbab itu barang siapa yang bŭrsumpah dŭngan nama tŭmpat pŭrsŭmblihan, sŭrasa iya bŭrsumpah dŭngan nama tŭmpat itu, dan dŭngan nama skalian yang diatasnya itu. Dan barang siapa yang bŭrsumpah dŭngan nama ka’abah, sŭrasa iya bŭrsumpah dŭngan nama ka’abah, dan dŭngan nama Tuhan yang dudok dalamnya. Dan barang siapa yang bŭrsumpah dŭngan nama shorga, maka sŭrasa iya bŭrsumpah dŭngan arash Allah, sŭrta dŭngan nama yang dudok diatasnya itu.
MATIUS 23:1-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus berkata kepada orang ramai dan murid-murid-Nya: “Ahli Taurat dan orang Farisi menduduki kerusi Musa. Oleh itu, patuhilah dan turutilah perintah yang diajarkan oleh mereka. Tetapi jangan contohi perbuatan mereka, kerana tidak selaras dengan ajaran mereka. Mereka meletakkan beban yang berat dan sukar dipikul ke atas bahu orang, tetapi mereka langsung tidak mahu menolong orang memikul beban itu. Mereka melakukan sesuatu hanya untuk dilihat orang. Lihatlah betapa besarnya bekas ayat Kitab Suci yang diikatkan pada dahi dan lengan mereka, serta betapa panjangnya rumbai jubah mereka. Mereka suka duduk di tempat terhormat di majlis jamuan dan kerusi khas di saumaah. Mereka suka diberi salam hormat di pasar dan suka dipanggil ‘rabbi.’ Janganlah suruh orang memanggilmu ‘rabbi,’ kerana kamu semua bersaudara dan Gurumu hanya satu. Janganlah panggil sesiapa pun di dunia ini ‘bapa,’ kerana kamu hanya mempunyai satu Bapa yang di syurga. Janganlah suruh orang memanggilmu ‘pemimpin,’ kerana Pemimpinmu hanya satu, iaitu Kristus. Orang yang terbesar antaramu haruslah menjadi pelayanmu. Orang yang meninggikan diri akan direndahkan, dan orang yang merendahkan diri akan ditinggikan.” “Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu menutupi kerajaan syurga di muka orang. Kamu bukan sahaja enggan memasuki kerajaan syurga; kamu halang pula orang lain yang berusaha untuk masuk. Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu menipu balu dan merampas rumahnya, kemudian pura-pura berdoa berjela-jela. Oleh itu, kamu akan menerima hukuman yang lebih berat. Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu merentas lautan dan daratan untuk menarik seseorang menganut agamamu. Namun demikian, setelah berjaya, kamu menjadikannya isi neraka yang dua kali lebih buruk daripadamu. Malanglah kamu, pemimpin yang buta! Kamu mengajar orang demikian, ‘Jika seorang bersumpah demi Bait Suci, dia tidak terikat pada sumpahnya. Tetapi jika dia bersumpah demi emas di dalam Bait Suci, dia terikat pada sumpahnya.’ Hai orang bodoh dan buta! Yang mana lebih penting, emas atau Bait Suci yang menjadikan emas itu suci? Kamu juga mengajar orang begini, ‘Jika seseorang bersumpah demi mazbah, dia tidak terikat pada sumpahnya; tetapi jika dia bersumpah demi persembahan di atas mazbah, dia terikat pada sumpahnya.’ Hai orang yang buta hati! Yang manakah lebih penting, persembahan atau mazbah yang menjadikan persembahan itu suci? Ketahuilah apabila seseorang bersumpah demi mazbah, dia bersumpah demi mazbah dan demi segala persembahan di atasnya. Apabila seseorang bersumpah demi Bait Suci, dia bersumpah demi Bait Suci itu dan demi Dia yang tinggal di situ. Apabila seseorang bersumpah demi syurga, dia bersumpah demi takhta Allah dan demi Dia yang duduk di atas takhta itu.