Injil Mathius 18:1-20

Injil Mathius 18:1-20 KEAS

MAKA pada kutika itu juga datanglah murid murid itu kapada Isa katanya, Siapakah grangan yang tŭrlebih bŭsar dalam krajaan shorga? Maka dipanggil ulih Isa sa’orang kanak kanak hampir kapadanya, lalu ditarohnya akan dia pada sama tŭngah marika itu, Sŭrta bŭrkata, Sasungguhnya aku bŭrkata padamu, jikalau tiada angkau bŭrubah mŭnjadi spŭrti kanak kanak, maka skali kali tiada dapat kamu masok kadalam krajaan shorga. Maka sŭbab itu, barang siapa yang mŭrŭndahkan dirinya spŭrti kanak kanak ini, maka iyalah juga yang tŭrlebih bŭsar dalam krajaan shorga. Maka barang siapa yang mŭnyambut sa’orang kanak kanak spŭrti ini sŭbab namaku, maka srasa iya mŭnyambut aku. Tŭtapi barang siapa yang mŭndatangkan kasalahan pada sa’orang jua pun kanak kanak ini yang pŭrchaya akan daku, maka tŭrlebih baik padanya itu, jikalau digantongkan sa’buah batu kisaran dilehirnya, ditŭngglamkan ditŭngah laut. Karamlah bagie orang dunia, deri sŭbab mŭndatangkan kasalahan, kŭrna dapat tiada bŭbrapa kasalahan akan datang, tŭtapi karamlah bagie orang orang yang mŭndatangkan kasalahan itu. Maka sŭbab itu jikalau kiranya tanganmu, atau kakimu mŭndatangkan kasalahan bagiemu, kratkanlah akan dia, buangkan deripadamu, maka tŭrlebih baik angkau masok kadalam kahidopan kŭkal itu dŭngan tempang atau pinchang, deripada bŭrtangan dua, atau bŭrkaki dua dimasokkan kadalam api yang kŭkal. Dan jikalau matamu mŭndatagkan kasalahan bagiemu, korekkanlah dia, buangkan deri padamu, maka tŭrlebih baik angkau masok kadalam kahidopan kŭkal dŭngan sŭblah mata, deripada bŭrmata kaduanya dimasokkan kadalam api nŭraka. ¶ Ingatlah, jangan kamu mŭnghinakan barang sa’orang deripada sagala orang yang tŭrkŭchil ini, kŭrna aku bŭrkata padamu, bahwa mŭliekatnya dalam shorga lagi sŭntiasa mŭmandang halrat ayahku yang dalam shorga. Kŭrna anak manusia datang akan mŭmliharakan yang tŭlah hilang. Maka bagimanakah sangkamu, jikalau ada kiranya sa’orang mŭnaroh sratus ekor domba, maka sa’ekor dombanya tŭlah sŭsat barat, bukankah ditinggalkannya sŭmbilan puloh sŭmbilan ekor domba itu, iya naik turon gunong mŭnchari yang sŭsat itu? Jikalau didapatinya akan dia itu, bahwasanya aku bŭrkata padamu, suka chitalah iya akan dia, tŭrlebih deripada sŭmbilan puloh sŭmbilan yang tiada sŭsat itu. Maka dŭmkianlah kahandak ayahmu yang ada dishorga pun, supaya jangan binasa barang sa’orang jua pun deripada yang tŭrkŭchil ini. ¶ Tambahan pula, jikalau saudaramu ada bŭrsalah padamu, pŭrgilah tŭgor akan dia antara sama sa’orang angkau dŭngan dia, jikalau ditrimanya akan pŭrkataanmu itu, tŭlah angkau bŭrulih kŭmbali akan saudaramu itu. Tŭtapi jikalau tiada iya mahu mŭnrima pŭrkataanmu itu, bawalah sa’orang atau dua orang lagi sŭrtamu, supaya bulih ditŭntukan sagala pŭrkataanmu itu ulih mulot dua tiga orang saksi itu. Dan jikalau ŭnggan iya akan marika itu, brilah tahu pada sidang jŭmaah, maka jikalau iya ŭnggan pula akan sidang jŭmaah, maka handaklah angkau mŭmbilang dia spŭrti orang sŭsat, dan orang yang mŭmŭgang chukie. Maka sasungguhnya aku bŭrkata padamu, barang suatu yang kamu ikat diatas bumi ini, iya itu ada tŭrikat dalam shorga; dan barang suatu yang kamu uriekan diatas bumi ini, maka iya itu pun ada tŭrurie dalam shorga. Lagi pun aku bŭrkata padamu, jikalau kiranya dua orang deripadamu bŭrmufakat sama sama diatas bumi ini, iya itu derihal barang apa yang handak dipintanya, maka iya itu akan dikurniakan bagienya ulih ayahku yang ada dishorga. Kŭrna barang dimana ada dua tiga orang bŭrhimpun deri kŭrna namaku, maka disitulah aku pun ada bŭrsama sama ditŭngah marika itu.