Maka tŭngah orang orang mŭnŭngar akan pŭrkara pŭrkara ini, maka ditambahi ulih Isa pula suatu pŭrumpamaan, kŭrna iya tŭlah hampirlah kaJerusalem, dan kŭrna disangkakan ulih marika itu krajaan Allah itu akan nyata dŭngan sŭgranya.
Sŭbab itu maka kata Isa, Adalah sa’orang bangsawan anu pŭrgi kapada sa’buah nŭgri yang jauh handak mŭnŭrima bagie dirinya suatu krajaan, kumdian handak balek.
Maka dipanggilnyalah sa’puloh orang hambanya, lalu dibrinya kapada marika itu sa’puloh pond, sŭrta katanya kapada marika itu, Jalankanlah akan dia sampie aku balek.
Tŭtapi orang nŭgrinya itu mŭmbŭnchikanlah akan dia, sŭrta diutusnya akan dia, katanya, Tiadalah kami mahu orang ini mŭmrentahkan kami.
Sŭbarmula maka apabila kŭmbalilah iya sŭbab sudah mŭnŭrima krajaan itu, disurohnya akan hamba hambanya itu datang kapadanya, iya itu orang yang tŭlah dibrinya wang itu, supaya dikŭtahuinya brapakah masing masing marika itu tŭlah mŭndapat untong deripada bŭrniaga.
Maka orang yang pŭrtama itu datang bŭrkata, Pondmu itu tŭloh untong sa’puloh pond.
Maka katanya kapadanya, Sabaslah hie hamba yang baik, ulih sŭbab sŭtialah angkau dalam pŭrkara yang sŭdikit itu, maka handaklah angkau mŭmrentahkan sa’puloh buah nŭgri.
Maka datanglah yang kadua, katanya, Tuan, pondmu dapat untong lima pond.
Maka katanya pula kapadanya, Angkau pun jadilah pŭmrentah atas lima buah nŭgri.
Datanglah yang lain, katanya, Tuan, initah pondmu yang tŭlah kusimpan dalam kain.
Kŭrna aku takot akan dikau, sŭbab angkau sa’orang kŭras, angkau mŭngambil yang tiada angkau lŭtakkan, dan mŭnuwie yang tiada angkau mŭnanam.
Maka jawab Tuan itu kapadanya, Deripada pŭrkataan yang kluar deri mulotmu itu juga aku handak mŭnghukumkan dikau, hamba jahat; angkau tŭlah mŭngŭtahui aku sa’orang kŭras, mŭngambil yang tiada kulŭtakkan, dan mŭnuwie yang tiada aku mŭnanam.
Mŭngapakah tiada angkau tarohkan wangku itu ditŭmpat bŭrbunga, supaya apabila aku datang bulihlah aku mŭndapat wangku sŭndiri itu dŭngan bunganya.
Maka katanya kapada orang yang bŭrdiri dŭkat itu, Ambillah deripadanya pond itu, brikanlah kapada orang yang ada sa’puloh pond.
Maka kata marika itu kapadanya, Tuan, ada kapadanya sa’puloh pond.
Kŭrna aku bŭrkata kapadamu, kapada barang siapa yang ada akan dibri, dan kapada orang yang tiada itu, mŭski pun apa yang ada kapadanya akan diambil deripadanya.
Tŭtapi orang orang yang musohku itu yang tiada mahu kuprentahkan akan dia, bawalah kŭmari, bunohlah akan dia dihadapanku.