Adapun sagala pŭrkara ini aku katakan padamu sŭlagi ada aku bŭrsama sama dŭngan kamu. Tŭtapi Pŭnghibur, iya itulah Roh Alkudus yang akan disurohkan ulih Ayah sŭbab namaku, maka iyalah nanti mŭngajar sagala pŭrkara itu padamu, sŭrta mŭngingatkan padamu akan sagala pŭrkara yang tŭlah kukatakan padamu. Maka aku tinggalkan slamat pada kamu, adapun aku mŭmbri slamatku kapadamu itu, bahwa bukannya aku mŭmbri itu kapada kamu spŭrti pŭmbrian orang dunia; maka janganlah hatimu mŭnjadi susah, atau jangan iya takot. Bahwa kamu tŭlah mŭnŭngar aku katakan, adapun aku akan pŭrgi, sŭrta datang kŭmbali kapadamu, maka jikalau kamu mŭngasihi aku, nŭschaya kamu suka chitalah, sŭbab aku tŭlah bŭrkata, bahwa aku pŭrgi kapada Ayah, kŭrna Ayahku itu lebih bŭsar deri padaku. Maka skarang pun bahwa aku katakan itu padamu sŭbŭlom jadinya, supaya apabila iya jadi kŭlak kamu bulih pŭrchaya. Kumdian deripada ini tiadalah aku mahu bŭrkata banyak lagi pada kamu, kŭrna pŭnghulu dunia datang, maka tiada iya akan bŭrulih barang suatu didalam aku. Tŭtapi supaya isi dunia ini tahu, bahwa aku mŭngasihi Ayah, dan spŭrti Ayah mŭmbri hukum padaku, dan dŭmkianlah kupŭrbuat; maka bangunlah, mari kita undor deri sini.
Baca Injil Yahya 14
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Injil Yahya 14:25-31
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video