Setelah tembok itu selesai diperbaiki, aku mengarahkan supaya daun-daun pintu gerbang dipasang. Kemudian aku menyuruh para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, dan orang Lewi menjalankan tugas masing-masing. Aku menyerahkan pemerintahan kota Yerusalem kepada saudaraku, Hanani, dan kepada Hananya, panglima kubu pertahanan. Hananya tiada tandingannya kerana dia dapat dipercaya dan takut akan Allah.