NEHEMIA 7:1-2
NEHEMIA 7:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Setelah tembok itu selesai diperbaiki, aku mengarahkan supaya daun-daun pintu gerbang dipasang. Kemudian aku menyuruh para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, dan orang Lewi menjalankan tugas masing-masing. Aku menyerahkan pemerintahan kota Yerusalem kepada saudaraku, Hanani, dan kepada Hananya, panglima kubu pertahanan. Hananya tiada tandingannya kerana dia dapat dipercaya dan takut akan Allah.
Kongsi
Baca NEHEMIA 7NEHEMIA 7:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah tembok dibina semula dan pintu-pintunya kupasang, ditetapkanlah tugas para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, dan bani Lewi. Aku menugaskan Hanani, saudaraku, untuk mengawasi Yerusalem, bersama-sama Hananya, panglima puri. Hanani seorang takut kepada Allah yang boleh dipercayai melebihi ramai orang lain.
Kongsi
Baca NEHEMIA 7