1
2 TESALONIKA 2:3
Alkitab Berita Baik
Janganlah biarkan orang menipu kamu, kerana hari itu hanya akan tiba, apabila banyak orang memberontak terhadap Allah, dan Manusia Jahat yang ditetapkan masuk ke neraka, menampilkan diri.
Bandingkan
Selidiki 2 TESALONIKA 2:3
2
2 TESALONIKA 2:13
Kami mesti sentiasa bersyukur kepada Allah bagi kamu, saudara-saudara yang dikasihi Tuhan. Hal itu demikian kerana Allah telah memilih kamu antara orang yang terdahulu sekali diselamatkan-Nya. Dengan kuasa Roh-Nya dan dengan kepercayaan kamu kepada berita benar daripada Allah, Allah telah menjadikan kamu umat-Nya yang suci.
Selidiki 2 TESALONIKA 2:13
3
2 TESALONIKA 2:4
Dia akan melawan semua yang disebut tuhan. Dia menganggap dirinya lebih berkuasa daripada semua yang disembah oleh manusia. Bahkan dia akan masuk ke Rumah Allah dan duduk di situ serta mengisytiharkan dirinya sebagai Allah.
Selidiki 2 TESALONIKA 2:4
4
2 TESALONIKA 2:16-17-16-17
Allah Bapa kita mengasihi kita, dan kerana rahmat-Nya Dia menyebabkan kita sentiasa tabah mengharapkan yang baik. Semoga Dia dan Tuhan kita Yesus Kristus sendiri menggalakkan kamu dan menguatkan kamu untuk melakukan dan mengatakan yang baik.
Selidiki 2 TESALONIKA 2:16-17-16-17
5
2 TESALONIKA 2:11
Itulah sebabnya Allah mengirim kuasa yang menyesatkan kepada mereka sehingga mereka percaya kepada apa yang tidak benar.
Selidiki 2 TESALONIKA 2:11
6
2 TESALONIKA 2:9-10
Manusia Jahat itu akan datang dengan kuasa Iblis. Dia akan melakukan segala macam mukjizat dan keajaiban yang menyesatkan orang. Dia akan menggunakan segala tipu muslihat jahat untuk menyesatkan semua orang yang akan binasa. Mereka akan binasa kerana tidak mahu menerima atau menghargai berita benar daripada Allah yang dapat menyelamatkan mereka.
Selidiki 2 TESALONIKA 2:9-10
7
2 TESALONIKA 2:7
Kekuasaan yang melakukan kejahatan sudah mula bertindak secara rahsia. Tetapi perkara yang akan berlaku itu tidak akan terjadi, selagi yang menahannya tidak disingkirkan.
Selidiki 2 TESALONIKA 2:7
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video