Kemudian Yakub memberkati Yusuf,
“Semoga Allah yang disembah oleh nenek moyangku Abraham dan Ishak,
memberkati anak-anak ini.
Semoga Allah yang membimbing aku sampai sekarang,
memberkati mereka.
Semoga malaikat yang sudah melepaskan aku daripada segala bahaya,
memberkati mereka.
Semoga namaku dan nama nenek moyangku,
Abraham dan Ishak tetap hidup
kerana anak-anak ini!
Semoga mereka mempunyai anak cucu dan keturunan yang banyak di bumi ini.”