KEJADIAN 48:15-16
KEJADIAN 48:15-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Yakub memberkati Yusuf, “Semoga Allah yang disembah oleh nenek moyangku Abraham dan Ishak, memberkati anak-anak ini. Semoga Allah yang membimbing aku sampai sekarang, memberkati mereka. Semoga malaikat yang sudah melepaskan aku daripada segala bahaya, memberkati mereka. Semoga namaku dan nama nenek moyangku, Abraham dan Ishak tetap hidup kerana anak-anak ini! Semoga mereka mempunyai anak cucu dan keturunan yang banyak di bumi ini.”
KEJADIAN 48:15-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lalu dia mendoakan keberkatan bagi Yusuf, katanya, “Semoga Allah, yang di hadirat-Nya para bapa pendahuluku, Abraham dan Ishak, menjalani hidup mereka, Allah yang telah menjadi gembalaku sepanjang hidupku sampai hari ini, Malaikat yang telah menebus aku daripada segala yang jahat, memberkati para anak muda ini. Semoga namaku dan nama para bapa pendahuluku, Abraham dan Ishak, disebut-sebut oleh mereka. Semoga mereka bertambah ramai di bumi ini.”