Tetapi Allah Penyelamat kita menunjukkan belas ihsan dan kasih-Nya kepada kita. Allah menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan benar yang kita lakukan, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Dia menyelamatkan kita melalui pentahiran kelahiran semula dan melalui pembaharuan yang dilakukan Roh Kudus. Allah melimpahkan Roh Kudus itu kepada kita melalui Yesus Kristus, Penyelamat kita. Maka dengan kasih kurnia-Nya kita sudah diperbenar untuk menjadi anak waris yang mendapat hidup kekal yang kita harapkan.