TITUS 3:4-7
TITUS 3:4-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi Allah, Penyelamat kita menunjukkan kasih dan kebaikan hati-Nya kepada kita. Dia menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan baik kita, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Allah menyelamatkan kita melalui Roh-Nya, yang mengurniai kita kelahiran baru dan hidup baru dengan membasuh kita. Allah melimpahkan Roh-Nya kepada kita melalui Yesus Kristus, Penyelamat kita, supaya oleh rahmat-Nya, kita berbaik semula dengan Allah, dan kita menerima hidup sejati dan kekal yang kita harap-harapkan.
TITUS 3:4-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi sŭtlah dinyatakan kamurahan, dan kasihan Allah pŭnulong kami pada manusia. Iya itu bukannya kŭrna pŭkŭrjaan amal kami itu yang tŭlah kami bŭrbuat itu, mŭlainkan deripada kamurahannya iya mŭlŭpaskan kami, dŭngan pŭmbasoh kajadian bahru itu, sŭrta dŭngan baiki Roh Alkudos. Yang tŭlah dituangkannya kaatas kami dŭngan kalempahannya, dŭngan bŭrkat Isa Almasih pŭnulong kami. Sŭbab tŭlah dibŭnarkan ulih anugrahnya, maka patutlah kami dijadikan warith warith mŭnurot harap slamat yang kŭkal itu.
TITUS 3:4-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi Allah Penyelamat kita menunjukkan belas ihsan dan kasih-Nya kepada kita. Allah menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan benar yang kita lakukan, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Dia menyelamatkan kita melalui pentahiran kelahiran semula dan melalui pembaharuan yang dilakukan Roh Kudus. Allah melimpahkan Roh Kudus itu kepada kita melalui Yesus Kristus, Penyelamat kita. Maka dengan kasih kurnia-Nya kita sudah diperbenar untuk menjadi anak waris yang mendapat hidup kekal yang kita harapkan.