Akan tetapi, jika TUHAN membuat sesuatu yang baru, dan tanah mengangakan mulutnya serta menelan mereka bersama dengan segala sesuatu yang dimiliki mereka hinggakan mereka turun hidup-hidup ke alam kubur, maka kamu akan tahu bahawa orang ini telah menista TUHAN.”
Sebaik sahaja Musa selesai mengucapkan semua kata itu, terbelahlah tanah di bawah kaki orang itu. Bumi mengangakan mulutnya dan menelan mereka bersama-sama seisi rumah mereka, juga semua pengikut Korah berserta segala harta benda mereka.