BILANGAN 16:30-32
BILANGAN 16:30-32 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi jika TUHAN melakukan sesuatu yang belum pernah terjadi, dan bumi terbelah lalu menelan mereka dengan segala milik mereka, sehingga mereka hidup-hidup masuk ke dunia orang mati, maka tahulah kamu bahawa semua orang itu melawan TUHAN.” Sebaik sahaja Musa berkata demikian, tanah di bawah kaki Datan dan Abiram terbelah, lalu bumi menelan mereka serta keluarga mereka, bersama-sama semua pengikut Korah dan milik mereka.
BILANGAN 16:30-32 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Akan tetapi, jika TUHAN membuat sesuatu yang baru, dan tanah mengangakan mulutnya serta menelan mereka bersama dengan segala sesuatu yang dimiliki mereka hinggakan mereka turun hidup-hidup ke alam kubur, maka kamu akan tahu bahawa orang ini telah menista TUHAN.” Sebaik sahaja Musa selesai mengucapkan semua kata itu, terbelahlah tanah di bawah kaki orang itu. Bumi mengangakan mulutnya dan menelan mereka bersama-sama seisi rumah mereka, juga semua pengikut Korah berserta segala harta benda mereka.