Tetapi mereka serta nenek moyang kami itu, bertindak angkuh, mengeraskan hati, dan tidak mahu mendengar segala perintah-Mu.
Mereka tidak mahu taat dan tidak mengingati perbuatan-perbuatan ajaib yang telah Kaubuat dalam kalangan mereka. Mereka mengeraskan hati, dan dalam penderhakaan mereka itu, mereka melantik seorang pemimpin untuk kembali ke dalam kancah perhambaan. Namun demikian, Engkau ialah Allah yang pengampun, pengasih dan penyayang, panjang sabar dan melimpah-ruah kasih, sehingga Engkau tidak meninggalkan mereka.