NEHEMIA 9:16-17
NEHEMIA 9:16-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi nenek moyang kami keras kepala dan angkuh, mereka tidak mentaati perintah-Mu. Mereka tidak mahu patuh; mereka melupakan segala perbuatan-Mu, dan semua mukjizat yang sudah Engkau lakukan itu. Dengan angkuh mereka memilih seorang ketua, untuk membawa mereka ke Mesir, dan menjadi hamba semula. Tetapi Engkau Allah yang mengampuni; Engkau panjang sabar, berbelas kasihan, dan pengasih; Rahmat-Mu besar, dan Engkau tidak meninggalkan mereka.
NEHEMIA 9:16-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi mereka serta nenek moyang kami itu, bertindak angkuh, mengeraskan hati, dan tidak mahu mendengar segala perintah-Mu. Mereka tidak mahu taat dan tidak mengingati perbuatan-perbuatan ajaib yang telah Kaubuat dalam kalangan mereka. Mereka mengeraskan hati, dan dalam penderhakaan mereka itu, mereka melantik seorang pemimpin untuk kembali ke dalam kancah perhambaan. Namun demikian, Engkau ialah Allah yang pengampun, pengasih dan penyayang, panjang sabar dan melimpah-ruah kasih, sehingga Engkau tidak meninggalkan mereka.