1
Markus 5:34
Alkitab Versi Borneo
Yesus berkata kepadanya, “Hai anak-Ku, imanmu telah menyembuhkanmu. Pergilah dengan sejahtera dan sembuhlah daripada penyakitmu.”
Bandingkan
Selidiki Markus 5:34
2
Markus 5:25-26
Di situ ada seorang wanita yang menghidap penyakit pendarahan selama dua belas tahun. Dia telah menghabiskan segala hartanya untuk dirawat oleh ramai tabib tetapi tidak sembuh, malah semakin parah keadaannya.
Selidiki Markus 5:25-26
3
Markus 5:29
Dengan serta-merta pendarahannya berhenti. Dia merasakan badannya sudah sembuh.
Selidiki Markus 5:29
4
Markus 5:41
Yesus memegang tangan anak itu lalu berkata kepadanya, “Talitha kum!” (maksudnya, “Anak perempuan, Aku berkata kepadamu, bangunlah!”).
Selidiki Markus 5:41
5
Markus 5:35-36
Sedang Yesus berkata-kata itu, beberapa orang pesuruh datang daripada keluarga ketua saumaah dan memberitahu Yairus, “Anak perempuan tuan sudah meninggal. Usahlah tuan susahkan Guru lagi.” Yesus tidak menghiraukan kata-kata itu. Dia berkata kepada ketua saumaah, “Jangan takut, percaya sahaja.”
Selidiki Markus 5:35-36
6
Markus 5:8-9
Kerana sebelumnya Yesus berkata kepadanya, “Roh jahat, keluarlah kamu daripada orang ini!” Kemudian Yesus bertanya kepadanya, “Siapakah namamu?” Orang itu menjawab, “Legion, kerana kami ini ramai sekali.”
Selidiki Markus 5:8-9
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video