Setiap kali aku berbicara, aku harus berteriak.
Aku berseru, “Kekerasan! Perompakan!”
Kerana penyampaian firman TUHAN telah membuat aku dicela
dan dicemuh sepanjang hari.
Kalau aku berfikir, “Aku tidak mahu menyebut-nyebut Dia
dan tidak mahu berbicara lagi atas nama-Nya,”
maka dalam hatiku ada sesuatu seperti api yang menyala-nyala,
terkurung dalam tulang-tulangku.
Aku berlelah-lelah menahannya,
tetapi aku tidak sanggup.