Berfirmanlah TUHAN kepada Musa, “Pergilah, turunlah, kerana bangsamu yang kamu pimpin keluar dari Tanah Mesir telah berkelakuan buruk. Sebegitu cepat mereka terpesong daripada jalan yang Kuperintahkan kepada mereka. Mereka membuat sebuah arca anak lembu dan sujud menyembahnya serta mempersembahkan korban kepadanya sambil berkata, ‘Wahai orang Israel, inilah tuhanmu, yang telah memimpin kamu keluar dari Tanah Mesir!’ ”