Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan ROMA 8:1
Bebas Pornografi Dengan John Bevere
5 Hari
Ini bukanlah pelan untuk mengasak anda, memberitahu anda untuk melipatgandakan usaha anda, dan mengurus diri. Pelan Bebas Pornografi akan memegang tangan anda dengan kasih sayang, menemui anda di mana anda berada, dan memimpin anda dengan kasih karunia dan kebenaran ke arah kebebasan.
Mengatasi Maut
7 Hari
Kita sering diberitahu, "Ini cumalah sebahagian daripada hidup," namun kata-kata biasa tidak dapat mengurangkan penderitaan kehilangan orang yang disayangi. Belajarlah untuk kembali kepada Tuhan ketika menghadapi cabaran yang paling sukar dalam hidup ini.
Tujuh Kunci Keutuhan Emosi
7 Hari
Terdapat sekurang-kurangnya tujuh aspek keutuhan yang utama semasa mencari hal yang terbaik daripada Allah bagi kehidupan emosi anda. Anda tidak perlu mengikut tertib ini. Sertai Dr. Charles Stanley semasa beliau membantu anda membina tabiat utama dalam hidup anda yang akan menolong anda menjadi lebih utuh dari segi rohani dan emosi. Dapatkan lebih banyak pelan bacaan seperti ini di intouch.org/plans.
Berjalan dengan Bagasi Ringan
7 Hari
Pada musim Krismas yang penuh sesak, kebanyakan daripada kita rasa tertekan dan risau akan hubungan keluarga, tekanan kewangan, keputusan yang terburu-buru, dan kekecewaan. Jadi, teruskan. Tarik nafas. Mulakan Pelan Alkitab Life.Church ini dan menyedari bahawa beban yang kita rasa ini mungkinlah sesuatu yang Allah tidak pernah minta kita pikul. Bagaimanakah kita melepaskan bagasi ini? Marilah berjalan dengan bagasi ringan.
Yesus: Panji Kemenangan Kita
7 Hari
Semasa meraikan hari Paskah, kita merayakan kemenangan terbesar dalam sejarah. Melalui kematian dan kebangkitan Yesus, Dia mengalahkan kuasa dosa dan kubur, dan semua kesan sampingannya, untuk selama-lamanya dan Dia memilih untuk berkongsi kemenangan itu dengan kita. Pada minggu Paskah ini, marilah kita menyelidiki beberapa benteng pertahanan yang telah ditawan-Nya, merenungkan pertempuran yang diperjuangkan-Nya bagi kita, dan memuji-Nya sebagai Panji Kemenangan kita.
Siapakah Saya dalam Kristus
10 Hari
Siapakah anda? Soalan ini sering kali menerima balasan yang menyatakan sesuatu yang kita lakukan. Namun, identiti kita datang daripada apa yang Tuhan katakan tentang kita—bukan apa yang kita lakukan, dan tentunya bukan apa yang dikatakan oleh orang lain tentang kita. Mengetahui siapa kita sebagai pengikut Kristus adalah penting dalam perjalanan kita bersama dengan Yesus. Apabila kita mengetahui siapa kita, kita akan mengetahui apa yang harus dilakukan.
Tahun Baru, Rahmat Baru
15 Hari
Sepanjang 15 hari, Paul David Tripp akan mengingatkan anda akan kasih karunia Allah terhadap anda—kebenaran yang tidak pernah ketinggalan zaman. Apabila "pengubahsuaian tingkah laku" atau aforisme seronok tidak cukup untuk membuat anda rasa segar, belajar mempercayai kebaikan Allah, bergantung pada kasih karunia-Nya, dan hidup demi kemuliaan-Nya setiap hari.