Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan MAZMUR 23:4
Keyakinan
4 Hari
Allah mahu anda MENGETAHUI bahawa anda telah diselamatkan dan akan ke syurga! Keyakinan anda bertambah melalui pertemuan dengan Allah dan merenungkan Firman-Nya. Ayat-ayat berikut, apabila dihafal, boleh membantu anda tetap yakin dengan Allah sepanjang hayat anda. Biarlah kehidupan anda diubah dengan penghafalan ayat Alkitab! Untuk sistem penghafalan ayat Alkitab yang menyeluruh, layari MemLok.com
Mendengar Allah
7 Hari
Amy Groeschel telah menulis Pelan Alkitab tujuh hari ini dengan harapan ia akan diambil secara langsung daripada hati Bapa kita yang penyayang kepada hati anda. Doanya adalah agar ia mengajar anda untuk mengelakkan keriuhan yang menentang dan membangunkan anda supaya memberikan tumpuan pada suara-Nya.
Berjalan dengan Bagasi Ringan
7 Hari
Pada musim Krismas yang penuh sesak, kebanyakan daripada kita rasa tertekan dan risau akan hubungan keluarga, tekanan kewangan, keputusan yang terburu-buru, dan kekecewaan. Jadi, teruskan. Tarik nafas. Mulakan Pelan Alkitab Life.Church ini dan menyedari bahawa beban yang kita rasa ini mungkinlah sesuatu yang Allah tidak pernah minta kita pikul. Bagaimanakah kita melepaskan bagasi ini? Marilah berjalan dengan bagasi ringan.
Kedamaian yang Hilang
7 Hari
Apakah mungkin untuk mengalami kedamaian semasa kehidupan itu menyakitkan? Jawapan ringkas: ya, tetapi bukan melalui kuasa diri sendiri. Pada tahun yang meninggalkan kita kewalahan, banyak antara kita berasa bingung. Dalam Pelan Alkitab 7 hari ini, berserta dengan siri mesej Pastor Craig Groeschel, kita akan membongkar cara menemui Kedamaian yang Hilang, yang sangat didahagai oleh kita.
Cara Mengatasi
7 Hari
Hidup ini dipenuhi halangan, kekalahan, kekecewaan dan penderitaan. "Cara Mengatasi" akan menolong anda menangani kehilangan, kesedihan, dan kesusahan. Pelan ini bertujuan menghalang perkara yang kelihatan seperti penamat daripada mengecewakan atau menggelincirkan anda. Sebaliknya, benarkan Allah untuk mengubahnya menjadi permulaan. Apabila hidup menjadi mengelirukan dan susah, jangan berputus asa. Pandang ke atas. Walau apa pun kesukaran atau kehilangan yang menyakitkan yang dihadapi, Allah menyertai anda.
Pusingan ke-4 30haripenulisanalkitab - Kebaktian
30 hari
Cabaran “30haripenulisanalkitab“(30daysofbiblelettering) telah menarik perhatian ramai yang ghairah dan menemui peminat menulis / pro / rakan-rakan /orang ramai yang baru. Pelan ini mengandungi kebaktian untuk setiap hari, ditulis oleh 30 artis. Jadi, jika anda seorang “penulis” (letterer) atau tidak, pelan bacaan ini akan mencabar,memberi sokongan dan keselesaan kepada anda. Dapatkan inspirasi daripada penulis-penulis dan pencipta-pencipta dengan melawat hashtag "Penderitaan menghasilkan ketekunan.