Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan MATIUS 7:26
Tabiat
6 Hari
Perubahan tidaklah mudah, tetapi ia tidak juga mustahil. Memulakan beberapa tabiat kecil boleh mengubah cara anda memandang diri sendiri sekarang dan mengubah anda menjadi orang yang diharapkan pada masa depan. Pelan Alkitab Life.Church ini menelusuri Alkitab dengan akronim yang mudah untuk membentuk tabiat harian yang baik dan menjadi kebiasaan.
Pergilah Lakukan Katakan Berilah: Kebebasan Berserah Kepada Yesus
7 Hari
Berserah kepada Yesus merupakan waktu yang menentukan kehidupan. Walau bagaimanapun, apakah makna keputusan ini dan bagaimanakah kita hidup dengan berserah kepada Yesus setiap hari? Adakah ini untuk keputusan kehidupan yang besar sahaja, ataupun untuk orang yang sangat rohaniah? Ketakutan, kegagalan lalu, dan salah faham boleh menahan kita. "Pergilah Lakukan Katakan Berilah" merupakan janji/doa yang memunggah cara mengambil langkah seterusnya dalam perjalanan rohani anda. Alamilah kebebasan yang terhasil daripada mengikuti Yesus.
Mengejar Sesuatu yang Tidak Mungkin Tercapai
7 Hari
Kita semua mengejar sesuatu. Biasanya sesuatu yang tidak dapat dicapai—pekerjaan yang lebih baik, rumah yang lebih selesa, keluarga yang sempurna, penerimaan orang lain. Walau bagaimanapun, tidakkah ini memenatkan? Adakah terdapat cara yang lebih baik? Ketahui dalam Pelan Alkitab Life.Church yang baru ini, bersama-sama siri khutbah Pastor Craig Groeschel, Chasing Carrots.
Hikmat
12 Hari
Alkitab mencabar kita untuk mencari hikmat melebihi segala yang lain. Dalam pelan ini, anda akan menerokai beberapa ayat setiap hari yang berbicara secara langsung tentang hikmat—apakah itu, mengapakah ia penting, dan cara mengembangkannya.
Pelan Bacaan Yang Lebih Baik
28 Hari
Apakah anda rasa terbeban, tidak berpuas hati, terperangkap? Inginkah anda memperbaiki kehidupan seharian? Firman Allah adalah panduan ke hari yang lebih cerah. Pelan bacaan ini membantu anda bukan sahaja mencapai hidup yang baik, namun hidup yang lebih baik yang Allah ingin kurniakan kepada anda.