Injil Lukas 18
18
FATSAL XVIII.
1MAKA bĹrkatalah iya kapada marika itu dĹngan suatu pĹrumpamaan, dĹmkian, Bahwa manusia itu patutlah slalu mĹminta doa, jangan bĹrlĹlah.
2Katanya, Maka adalah dalam sa’buah nĹgri sa’orang hakim yang tiada mĹnakoti akan Allah, atau mĹngindahkan manusia.
3Maka adalah sa’orang pĹrampuan janda dalam nĹgri itu, datanglah iya kapadanya, katanya, Balaskanlah halku dĹngan musohku itu.
4Maka sĹmĹntara itu hakim tiada mahu, tĹtapi kumdian bĹrfikirlah iya dalam hatinya, mĹski pun aku tiada takot akan Allah, atau mĹngindahkan manusia,
5Maka ulih sĹbab pĹrampuan ini mĹnyusahkan aku, maka aku akan sĹlĹsiekan dia, asal jangan iya datang slalu mĹmĹnatkan aku.
6Maka Tuhan bĹrkata, Skarang dĹngarlah apa yang dikatakan ulih hakim yang tiada adil itu.
7Maka bukankah nanti dibalaskan Allah akan orang mileknya sĹndiri, yang tĹlah mĹmohonkan padanya siang dan malam, mĹski pun disabarkannya lama lama?
8Maka aku bĹrkata kapadamu, iya akan mĹmbalaskan itu dĹngan sĹgranya. Maka kalau pun Anak manusia datang, nantikah didapatinya iman diatas bumi ini?
9Maka Isa bĹrkata akan pĹrumpamaan ini kapada orang orang anu yang harap akan dirinya sĹndiri, iyalah sahja bĹnar, dan dibĹnchikannya orang lain lain.
10Maka adalah dua orang masok kĹdalam ka’abah mĹminta doa, iya itu sa’orang orang Farisia, dan sa’orang orang mĹmĹgang chukie.
11Maka orang Farisia itu bĹrdiri, sambil mĹminta doa dĹmkian: Allah, aku mĹnguchap shukor akan dikau, yang aku ini tiada spĹrti orang lain, iya itu pĹrampas, atau tiada adil, atau pĹrsundalan, atau mĹski pun spĹrti orang mĹmĹgang chukie ini.
12Aku ini puasa dua kali sa’jĹmaat, dan aku mĹmbayar sa’puloh asa deripada sagala milekku.
13Maka orang yang mĹmĹgang chukie itu ada bĹrdiri jauh jauh, tiadalah iya sampie handak mĹnĹngadah kĹlangit, mĹlainkan ditĹpok tĹpoknya dadanya, katanya, Allah, kasihankanlah akan daku sa’orang bĹrdosa.
14Aku bĹrkata kapadamu, bahwa orang ini pulanglah karumahnya, iya itu dibĹnarkan tĹrlebih deripada orang lain itu, kĹrna barang siapa mĹmbĹsarkan dirinya itu, iya itu akan dihinakan, dan orang yang mĹrĹndahkan dirinya itu, maka iya itu akan dibĹsarkan.
15Maka dibawa ulih marika itu kanak kanak pun, supaya dijamahnya akan dia, tĹtapi apabila dilihat ulih murid muridnya itu, ditĹngkinglah ulih marika itu akan dia.
16TĹtapi dipanggil Isa akan marika itu kapadanya, sĹrta katanya, Biarkanlah kanak kanak datang kapadaku, maka janganlah dilarangkan dia, kĹrna sĹbagienya itulah krajaan Allah.
17SĹsungguhnya aku bĹrkata kapadamu, barang siapa yang tiada akan mĹnĹrima krajaan Allah spĹrti sa’orang kanak kanak, maka orang itu skali kali tiada bulih masok kĹdalamnya.
18Maka sa’orang pĹnghulu anu bĹrtanya kapadanya, katanya, Guru yang baik, apakah yang patut kupĹrbuat supaya mĹmpusakai slamat kĹkal?
19Maka kata Isa kapadanya, MĹngapakah angkau mĹmanggil aku baik? Sa’orang pun tiada yang baik, mĹlainkan satu, iya itu Allah.
20Kamu mĹngĹtahui akan hukum hukum, iya itu jangan bĹrzinah, jangan mĹmbunoh, jangan mĹnchuri, jangan mĹnjadi saksi dusta, muliakanlah ibu bapamu.
21Maka katanya, Skalian ini tĹlah kupliharakan deripada kĹchilku.
22Maka apabila didĹngar ulih Isa pĹrkara pĹrkara itu, katanya kapadanya, TĹtapi suatu pĹrkara adalah kĹkorangan kapadamu; jualkanlah sagala milekmu, dan bahgikanlah kapada orang orang mĹskin, maka angkau kĹlak akan mĹndapat pĹrbandahran dalam shorga: marilah ikut akan daku.
23Maka apabila didĹngarnya itu, maka tĹrlalu bĹrdukalah iya, kĹrna iya tĹrlalu kaya.
24Maka apabila dilihat Isa, iya tĹrlalu dukachita, katanya bagimana susahnya kĹlak orang orang yang ada kaya masok kadalam kĹrajaan Allah.
25KĹrna tĹrlebih sĹnang sa’ekor onta itu masok kadalam liang jarum deripada orang kaya itu masok kadalam kĹrajaan Allah.
26Maka orang orang yang mĹnĹngar akan pĹrkataan itu katanya siapakah kĹlak yang akan slamat.
27Maka kata Isa, Adapun pĹrkara pĹrkara yang mustahil kapada manusia, iya itu tiada mustahil kapada Allah.
28SĹtlah itu maka kata Petros, SĹsungguhnya kami tĹlah mĹninggalkan skalian, dan mĹngikot akan dikau.
29Maka kata Isa kapada marika itu, Bahwa sĹsungguhnya aku bĹrkata kapadamu, maka tiada orang yang tĹlah mĹninggalkan rumah, atau ibu bapa, atau saudara, atau istri, atau kanak kanak, ulih sĹbab krajaan Allah:
30MĹlainkan iya kĹlak mĹnĹrima bĹbrapa gandah tĹrlebih pada masa ini, dan lagi slamat kĹkal dalam akhirat.
31¶ SĹtlah itu maka diambilnya dua blas orang itu sĹrtanya lalu katanya, Maka sĹsungguhnya kita akan naik kaJĹrusalem, maka sagala pĹrkara yang tĹlah tĹrtulis ulih nabi nabi derihal anak manusia itu kĹlak akan digĹnapi.
32KĹrna iya kĹlak akan disĹrahkan kapada orang sĹsĹt, dan iya akan diolok olokkan orang, dan akan dibuat orang dia dĹngan dĹngki, sĹrta diludahinya.
33Maka marika itu akan mĹnyĹsah akan dia sĹrta dibunohnya dia, maka pada hari yang katiga kĹlak iya akan hidop pula.
34Maka suatu pun tiadalah marika itu mĹngarti deri hal pĹrkara pĹrkara ini, maka pĹrkataan ini tĹlah tĹrsĹmbunyi deripada marika itu, tiada pun dikĹtahui ulih marika itu akan pĹrkara pĹrkara yang dikatakan itu.
35¶ Maka pada skali pĹrstua tĹngah Isa hampir kaJeriko, maka adalah sa’orang buta anu, duduk ditĹpi jalan mĹminta sĹdĹkah.
36Mada didĹngarnya bĹlatantara itu lalu katanya, Apakah itu.
37Maka kata marika itu kapadanya, Iya itu Isa orang Nazareth ada lalu.
38Maka bĹrtriaklah iya lalu bĹrkata, Isa anak Daud, kasihankanlah akan daku.
39Maka marika itu yang bĹrjalan dahulu itu pun mĹnĹngkinglah akan dia supaya iya diam, tĹtapi bĹrtriaklah pula iya makin lebih: Hie angkau anak Daud, kasihankanlah akan daku!
40Maka bĹrhĹntilah Isa, sĹrta disurohnya bawa akan dia, maka apabila datanglah iya dĹkat, ditanyanya akan dia,
41Katanya, Apakah angkau handak supaya kupĹrbuat akan dikau? Maka katanya, Tuhan, biarlah kiranya aku mĹndapat pĹnglihatanku pula.
42Maka kata Isa kapadanya, Trimalah pĹnglihatanmu, imanmu tĹlah mĹmliharakan dikau.
43Maka dĹngan sĹbĹntar itu juga pulanglah sĹmula pĹnglihatannya, lalu mĹngikotlah iya akan Isa, sambil mĹmuliakan Allah. Maka apabila dilihat ulih sagala kaum itu, maka skaliannya itu pun mĹmujilah akan Allah.
Currently Selected:
Injil Lukas 18: KEAS
Tya elembo
Kabola
Copy
![None](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2F58%2Fhttps%3A%2F%2Fweb-assets.youversion.com%2Fapp-icons%2Fln.png&w=128&q=75)
Olingi kobomba makomi na yo wapi otye elembo na baapareyi na yo nyonso? Kota to mpe Komisa nkombo
First published by the British and Foreign Bible Society in 1866