Injil Yahya 8
8
FATSAL VIII.
1BŬRMULA maka Isa pun pĹrgilah kabukit Zieton.
2Maka pada pagi pagi hari, datanglah pula iya kĹdalam ka’abah, maka sĹmua kaum pun datanglah kapadanya, lalu dudoklah iya mĹngajar akan marika itu.
3Maka khatib khatib, dan orang orang Farisia pun mĹmbawa sa’orang pĹrampuan yang tĹlah kĹdapatan bĹrzinah; maka sĹtlah didirikan ulih marika itu akan dia ditĹngah tĹngah,
4Maka bĹrkatalah marika itu kapada Isa, Guru, bahwa pĹrampuan ini tĹlah kĹdapatan tĹngah iya bĹrzinah.
5Adapun Musa tĹlah bĹrsabda dalam tauret, orang yang dĹmkian halnya harus dirĹjam dĹngan batu; skarang apakah kata angkau?
6Adapun marika itu bĹrkata dĹmkian, sĹbab handak mĹnchobai akan dia, supaya mĹndapat jalan akan mĹnudohi dia.
Maka tundok juga Isa kĹbawah, sambil mĹnulis dĹngan jarinya ditanah.
7Hata maka apabila marika itu bĹrtanya bĹrulang ulang, maka diangkatkannya kĹpalanya, sambil bĹrkata kapada marika itu, Adapun orang yang tiada bĹrdosa diantara kamu, biarlah iya dahulu mĹrĹjam akan pĹrampuan ini.
8Maka kumdian tundoklah iya kĹbawah mĹnulis ditanah pula.
9Maka dĹmi didĹngar ulih orang orang itu akan pĹrkataan itu, sĹbab kĹna tĹmplak angan angan hatinya sĹndiri, lalu kluarlah iya sa’orang dĹmi sa’orang, deripada bĹsar dan kĹchil, maka tinggallah Isa sa’orang dirinya, maka pĹrampuan itu pun ada lagi tĹrdiri juga ditĹngah tĹngah.
10Hata maka Isa mĹngangkatkan kĹpalanya, maka dilihatnya pĹrampuan itu sahja, lalu bĹrkatalah iya kapadanya, Hie pĹrampuan, kĹmanakah sagala orang yang mĹngadukan kĹsalahanmu itu, tiadakah sa’orang pun mĹnghukumkan dikau?
11Maka jawab pĹrampuan itu, Sa’orang pun tiada Tuhan. Maka kata Isa padanya, Bahwa aku pun tiada mĹnghukumkan dikau; pĹrgilah angkau, jangan buat dosa lagi.
12¶ BĹrmula maka bĹrkatalah Isa lagi pada marika itu, Bahwa aku inilah trang dunia itu, maka barang siapa yang mĹngikot aku, maka tiada iya bĹrjalan dalam gĹlap, mĹlainkan iya akan bĹrulih trang hidop itu.
13SĹbab itu maka bĹrkatalah orang orang Farisia kapadanya, Bahwa angkau juga bĹrsaksi atas dirimu sĹndiri, maka saksimu itu tiada bĹnar adanya.
14Maka sahut Isa, Jikalau aku bĹrsaksi atas diriku sĹndiri skalipun, maka bĹnarlah juga saksiku itu, kĹrna aku kĹtahui deri mana datangku, dan kĹmana aku pĹrgi; tĹtapi kamu tiada tahu deri mana aku datang, dan kĹmana aku pĹrgi.
15Adapun kamu kira kirakan mĹnurot hawa nafsu, aku kira kirakan bukan pada barang sa’orang.
16Maka jikalau aku kira kirakan skalipun, kira kiraanku bĹnar adanya, kĹrna aku ini bukannya sa’orang orang sahja, mĹlainkan aku dĹngan Ayah yang tĹlah mĹnyurohkan aku.
17Bahwa adalah tĹrsurat dalam tauretmu pun, iya itu Dua orang punya saksi bahrulah bĹnar adanya.
18Maka aku ini sa’orang bĹrsaksi atas diriku, dan Ayah yang tĹlah mĹnyurohkan aku pun mĹnjadi saksi akan daku.
19SĹtlah itu bĹrkatalah marika itu kapadanya, Dimanakah ada Ayahmu itu? Maka sahut Isa, Kamu tiada mĹngĹnal akan daku, atau akan Ayahku pun; maka jikalau kiranya kamu tĹlah mĹngĹnal akan daku, nĹschaya kamu kĹnallah akan Ayahku pun.
20Adapun sagala pĹrkara ini dikatakan ulih Isa dalam tĹmpat pĹrbandahran, sĹdang iya mĹngajar dalam ka’abah, maka sa’orang pun tiada mĹnaikkan tangan ka’atasnya, kĹrna kutikanya itu bĹlom lagi sampie adanya.
21¶ Kumdian bĹrkatalah Isa lagi pada marika itu, Aku handak pĹrgi, maka kamu kĹlak akan mĹnchari aku, dan kamu kĹlak akan mati dalam dosamu; adapun ditĹmpat aku pĹrgi itu, maka tiadalah bulih kamu sampie kĹsana.
22Maka sĹbab itu kata orang Yahudi, Iya ini handak mĹmbunoh dirinya sĹndirikah? kĹrna katanya itu, Adapun ditĹmpat yang aku pĹrgi itu, maka tiadalah bulih kamu sampie kĹsana.
23Maka bĹrkatalah Isa pada marika itu, Bahwa kamu ini datang deri bawah, maka aku datang deri atas; adapun kamu deripada dunia ini, maka aku bukannya deripada dunia ini.
24Maka sĹbab itulah aku tĹlah bĹrkata padamu, bahwa kamu kĹlak akan mati dalam dosamu, kĹrna jikalau kamu tiada pĹrchaya aku inilah dia, maka kamu kĹlak akan mati dalam dosamu.
25Arkian maka bĹrkatalah marika itu kapadanya, Siapatah angkau ini? Maka bĹrkatalah Isa pada marika itu, Dia itu juga yang tĹlah aku katakan deri mulanya.
26Maka adalah banyak pĹrkara yang aku handak mĹngatakan, dan mĹnĹgorkan akan kamu, tĹtapi yang tĹlah mĹnyurohkan aku itu bĹnar adanya, maka pĹrkara yang tĹlah aku dĹngar deripadanya, maka iya itulah yang kukatakan pada isi dunia.
27Maka tiadalah marika itu mĹngarti, adapun yang dikatakan ulih Isa padanya itu, deri hal Ayah.
28Arkian maka bĹrkatalah Isa pada marika itu, Maka apabila kamu sudah angkatkan naik akan Anak manusia itu kĹlak, maka pada masa itulah kamu akan mĹngĹtahui, bahwa aku inilah dia itu, dan tiada aku mĹngadakan barang apa sĹndiriku, mĹlainkan aku mĹngatakan sagala pĹrkara ini spĹrti yang diajar ulih Ayahku akan daku.
29Maka bahwasanya iya yang tĹlah mĹnyurohkan aku itu ada sĹrtaku; adapun Ayah itu tiada mĹninggalkan aku sa’orang diri, kĹrna sĹntiasa aku bĹrbuat barang yang dipĹrkĹnankannya.
30Maka tĹtkala iya mĹngatakan sagala pĹrkataan ini, banyaklah orang pĹrchaya akan dia.
31SĹtlah itu maka bĹrkatalah Isa pada orang orang Yahudi yang sudah pĹrchaya akan dia itu, Jikalau kamu tĹtap dalam pĹrkataanku, nĹschaya kamu jadi muridku sungguh sungguh.
32Maka bahwasanya kamu akan mĹngĹtahui kĹbĹnaran, maka kĹbĹnaran itulah akan mĹmĹrdehkakan kamu.
33Maka disahut marika itu katanya, Adapun kami ini turon tĹmuron deri pada Ibrahim, maka bĹlomlah pĹrnah kami mĹnjadi hamba pada barang sa’orang pun, maka bagimanakah angkau bĹrkata, bahwa kamu akan dimĹrdehkakan?
34Maka sahut Isa pada marika itu, Sungguh sungguhnya aku bĹrkata padamu, maka barang siapa yang bĹrbuat dosa, iyalah hamba dosa.
35Adapun hamba itu tiada tinggal dalam rumah slama lamanya, tĹtapi anak itu tinggal sampie slama lamanya.
36Maka sĹbab itu jikalau kamu dimĹrdehkakan ulih anak, maka kamu mĹrdehkalah sungguh sungguh.
37Maka kukĹtahuilah bahwa kamu ini turon tĹmuron deripada Ibrahim, tĹtapi kamu mĹnchari jalan handak mĹmbunoh aku, kĹrna pĹrkataanku itu tiada masok kĹdalam hatimu.
38Adapun aku ini mĹngatakan sagala pĹrkara yang tĹlah kulihat deripada Ayahku, dan kamu bĹrbuat barang yang kamu tĹlah mĹlihat deripada bapamu.
39Maka sahut marika itu katanya, Bahwa Ibrahim itu ayah kami. Maka kata Isa bagie marika itu, Jikalau kamu anak anak Ibrahim, nĹschaya kamu bĹrbuat sagala pĹrbuatan Ibrahim.
40TĹtapi kamu mĹnchari jalan handak mĹmbunoh aku, sa’orang yang tĹlah bĹrkata kapadamu dĹngan bĹnar, yang tĹlah kudĹngar deripada Allah, adapun Ibrahim itu tiada bĹrbuat dĹmkian.
41Adapun kamu bĹrbuat pĹrbuatan bapamu. Maka kata marika itu, Bahwa kami tiada dipranakan deripada zinah; maka adalah pada kami suatu ayah sahja, iya itu Allah.
42Maka kata Isa pada marika itu, Jikalau Allah itu ayahmu, nĹschaya kamu kasihlah akan daku, kĹrna aku tĹlah kluar dan datang deripada Allah; maka bukannya aku datang dĹngan kahandak diriku, mĹlainkan Allah tĹlah mĹnyurohkan aku.
43MĹngapa kamu tiada mĹngarti pĹrkataanku? SĹbab kamu tiada mahu trima pĹrkataanku.
44Bahwa kamu deripada bapamu, iya itulah Iblis; adapun kainginan bapamu itulah yang kamu suka bĹrbuat; maka adalah iya itu sa’orang pĹmbunoh deripada mulanya; maka tiadalah iya tĹtap dalam kĹbĹnaran, kĹrna tiada kĹbĹnaran padanya. Apabila iya bĹrkata dusta, maka iya mĹnurot spĹrti kahandak hatinya, kĹrna iyalah pĹmbohong; dan lagi pula bapa bohong itu.
45Maka aku ini bĹrkata yang bĹnar, sĹbab itu kamu tiada pĹrchaya padaku.
46Maka siapakah deripadamu dapat mĹnĹmplak aku kĹrna dosa? Maka jikalau aku bĹrkata yang bĹnar, mĹngapa tiada kamu pĹrchaya akan daku?
47Maka orang yang deri pada Allah, iya mĹnĹngarlah akan pĹrkataan Allah; maka kamu tiada mĹnĹngar, sĹbab kamu bukannya deripada Allah.
48Arkian maka mĹnyahutlah orang orang Yahudi katanya, Bukankah kami bĹrkata bĹtul, angkau ini sa’orang Samaritan yang tĹrkĹna jin?
49Maka jawab Isa, Bukannya aku kĹna jin, mĹlainkan aku mĹmbri hormat akan Ayahku, maka kamu kĹji akan daku.
50Maka aku tiada mĹnchari kĹmuliaan bagie diriku, ada sa’orang yang mĹncharikan dia, dan mĹnghukumkan.
51Bahwa sungguh sungguhnya aku bĹrkata padamu, adapun orang yang mĹmliharakan pĹrkataanku, maka tiadalah iya skali kali mĹrasai mati.
52SĹtlah itu kata orang Yahudi kapadanya, Bahwa skarang kami kĹtahuilah angkau tĹrkĹna jin; adapun Ibrahim sudah mati, dan sagala nabi nabi pun sudah mati, tĹtapi angkau bĹrkata, jika orang yang mĹmliharakan pĹrkataanku, tiada iya skali kali mĹrasai mati.
53Maka angkaukah lebih bĹsar deripada Ibrahim, nenek moyang kami yang sudah mati itu, dan sagala nabi nabi pun sudah mati, maka siapakah angkau jadikan dirimu?
54Maka sahut Isa, Jikalau aku mĹnghormati diriku, hormatku itu tiada bĹrguna; maka Ayahku itu mĹnghormati aku, iya itulah yang kamu kata Allah kamu.
55Akan tĹtapi kamu tiada mungĹnal akan dia, maka aku mĹngĹnal akan dia; maka jikalau kiranya aku bĹrkata, tiada aku kĹnal akan dia, nĹschaya aku jadi pĹmbohong spĹrti kamu; akan tĹtapi aku mĹngĹnal akan dia, dan aku mĹmliharakan pĹrkataannya.
56Maka Ibrahim nenek moyang kamu itu bĹrahilah handak mĹndapati zamanku, maka iya tĹlah mĹndapat itu sĹrta dĹngan kĹsukaannya.
57Arkian maka bĹrkatalah orang Yahudi padanya, Umormu bĹlom lagi lima puloh tahun, maka sudahkah angkau mĹlihat Ibrahim?
58Maka sabda Isa, SĹsungguh sungguhnya aku bĹrkata padamu, bahwa dahulu deripada jadi Ibrahim itu aku sudah ada.
59Maka pada masa itu marika itu pun mĹmungot batu handak mĹlempar akan dia, maka Isa pun raiblah kluar deri dalam ka’abah, mĹlalui ditĹngah tĹngah marika itu, kumdian tĹrlĹpaslah dia.
Currently Selected:
Injil Yahya 8: KEAS
Tya elembo
Kabola
Copy

Olingi kobomba makomi na yo wapi otye elembo na baapareyi na yo nyonso? Kota to mpe Komisa nkombo
First published by the British and Foreign Bible Society in 1866