Injil Yahya 4
4
FATSAL IV.
1BURMULA apabila dikĹtahui ulih Tuhan, bahwa orang Farisia pun tĹlah mĹnĹngar akan hal Isa mĹndapat banyak orang murid dan mĹmbaptisakan dia lebih deripada Yahya.
2TĹtapi bukannya Isa sĹndiri mĹmbaptisakan marika itu, mĹlainkan murid muridnya.
3Maka Isa pun mĹninggalkan tanah Yahuda, lalu kĹmbalilah iya kĹtanah GĹlilia.
4Maka tĹrlebih sĹnanglah bagienya mĹmintas tanah Samaria.
5Hata maka sampielah iya kapada suatu nĹgri dalam tanah Samaria yang bĹrnama Siekar, iya itu dĹkat dĹngan sa’kĹping tanah yang dibri ulih Yakob akan anaknya Yusof itu.
6Maka adalah disitu prigi Yakob; maka sĹbab Isa tĹlah pĹnat bĹrjalan itu dudoklah iya ditĹpi prigi itu, iya itu sĹkira kira pukol duablas tĹngah hari.
7Maka datanglah sa’orang pĹrampuan Samaria handak mĹnimba ayer; maka kata Isa padanya, Brilah aku minum.
8KĹrna murid muridnya itu sudah masok kĹdalam nĹgri mĹmbli makanan.
9Maka jawab pĹrampuan Samaria padanya, Bagimana bulih angkau sa’orang Yahudi mĹminta deripadaku sa’orang pĹrampuan Samaria ini? kĹrna orang orang Yahudi tiada bĹramah ramahan dĹngan orang orang Yahudi adanya.
10Maka sahut Isa katanya, Jikalau sĹkiranya angkau kĹtahui akan anugrah Allah itu, dan siapa yang tĹlah bĹrkata kata kapadamu, brilah minum kapadaku, nĹschaya angkau mĹmintalah deripadanya, maka dibrinyalah akan dikau ayer yang hidop.
11Maka jawab pĹrampuan itu katanya, Angkau tiada apa apa yang handak timba, lagi pĹrigi ini dalam, maka deri manakah garangannya angkau bulih mĹndapat ayer yang hidop itu?
12Lebih bĹsarkah angkau deripada moyang kami Yakob itu yang tĹlah mĹmbri akan kami pĹrigi ini? Maka iyalah tĹlah mĹminum sĹrta dĹngan isi rumahnya, dan binatang binatangnya deripada ayer prigi ini.
13Maka sahut Isa katanya, Barang siapa yang minum deri pada ayer ini, maka iya kĹlak akan dahaga pula:
14TĹtapi barang siapa yang minum akan ayer yang kubri padanya, skali kali tiadalah iya bĹrdahaga; adapun ayer yang kubri padanya itu akan mĹnjadi suatu mata ayer dalamnya yang bĹrpancharlah sampie kapada hidop yang kĹkal.
15Maka kata pĹrampuan itu, Tuan, brilah sama sahya ayer itu, supaya jangan sahya dahaga, atau datang kĹmari munimba.
16Maka jawab Isa kapada pĹrampuan itu, PĹrgilah angkau panggil lakimu datang kĹmari.
17Maka jawab pĹrampuan itu, Bahwa tiadalah sahya bĹrlaki. Maka kata Isa, BĹtollah kata angkau, bahwa tiadalah sahya bĹrlaki.
18KĹrna lima orang sudah lakimu, adapun yang ada skarang ini pun bukannya lakimu; maka derihal ini katamu bĹtul adanya.
19Maka kata pĹrampuan itu kapadanya, Tuan, bahwa nyatalah padaku angkau ini sa’orang nabi.
20Adapun nenek moyang kami sĹmbahyang dibukit ini, maka kamu bĹrkata, bahwa patutlah orang skalian sĹmbahyang diJerusalem.
21Maka kata Isa padanya, Hie pĹrampuan, bahwa pĹrchayalah angkau akan daku, adapun waktunya itu akan datang, maka pada masa itu kĹlak dibukit itu pun tidak, atau diJerusalem pun tidak orang mĹnyĹmbah Allah.
22Bahwa kamu tiada tahu apa yang kamu sĹmbahyang, adapun kami tahu apa yang kami sĹmbahyang, kĹrna slamat kĹkal itu deripada orang Yahudi.
23Akan tĹtapi waktu akan datang kĹlak dan ada s’karang pun, apabila orang sĹmbahyang dĹngan sĹbĹnarnya itu, maka iya itulah sĹmbahyang akan Ayah itu dĹngan Roh dan kĹbĹnaran; kĹrna Ayah itu mĹnuntut akan orang sĹmbahyang dĹngan pri yang dĹmkian itu.
24Adapun Allah itu Roh adanya, dan orang yang mĹnyĹmbah akan dia itu pun dapat tiada mĹnyĹmbah dĹngan Roh dan kĹbĹnaran.
25Maka kata pĹrampuan itu padanya, Aku tĹlah mĹngtahui bahwa Messia akan datang yang tĹrgĹlar Almasih; maka apabila iya datang kĹlak, iyalah nanti mĹngajar akan kami sagala pĹrkara.
26Maka jawab Isa padanya, Adapun yang bĹrkata kata dĹngan angkau ini, iya itulah dia.
27¶ Hata maka datanglah murid muridnya pada kutika itu sĹrta hieran akan mĹlihat Isa bĹrkata kata dĹngan pĹrampuan itu, tĹtapi sa’orang pun deripada marika itu tiada kata, Apakah angkau kahandaki, atau mĹngapakah angkau bĹrtutor dĹngan pĹrampuan ini?
28Maka pĹrampuan itu pun mĹninggalkan buyongnya, lalu masok kĹdalam nĹgri, sĹrta bĹrkata kapada orang orang.
29Marilah lihat ada sa’orang orang yang tĹlah mĹngatakan kapada aku sagala pĹrkara yang tĹlah kupĹrbuat; bukankah ini Almasih?
30SĹtlah itu maka kluarlah bĹbrapa orang deri dalam nĹgri itu datang mĹndapatkan Isa.
31¶ BĹrmula maka antara itu, adalah murid muridnya mĹminta kapadanya katanya, Guru makanlah.
32Maka jawab Isa kapadanya, Ada kapadaku rĹzki akan makananku yang tiada kamu kĹtahui.
33SĹbab itu maka kata murid muridnya itu sa’orang dĹngan sa’orang, Adakah garangannya orang mĹmbawa akan apa apa makanan kapadanya?
34Maka kata Isa pada marika itu, Adapun rĹzkiku itu, iya itu akan bĹrbuat kahandak Allah yang tĹlah mĹnyurohkan aku, sĹrta mĹnyampornakan pĹkĹrjaannya.
35Bukankah kamu bĹrkata, Bahwa ampat bulan lagi bahru datang musim orang mĹnuwie? sĹsungguhnya aku bĹrkata padamu, angkatlah matamu, lihatlah pada ladang ladang itu, kĹrna sampie putehlah sudah pĹnuwieannya.
36Maka orang yang mĹnuwie itu mĹndapat upah, dan mĹngumpolkan buah buahan itu sampie kapada kahidopan yang kĹkal, supaya orang yang mĹnabor dan yang mĹnuwie itu pun bĹrsama sama tĹrmasalah.
37Maka inilah pĹrkataan yang bĹnar: iya itu, bahwa sa’orang mĹnabor, dan sa’orang lain mĹnuwie.
38Bahwa aku mĹnyurohkan kamu mĹnuwie pĹrkara yang tiada kamu pĹnat lĹlahkan dia, maka orang lain bĹrlĹlah, tĹtapi kamu tĹlah mĹndapat kĹlĹlahannya.
39¶ Shahadan maka banyaklah orang Samaria dalam nĹgri itu pĹrchayalah akan Isa, sĹbab pĹrkataan pĹrampuan itu yang mĹnyatakan, Bahwa orang itu mĹngatakan padaku sagala pĹrkara yang tĹlah kupĹrbuat itu.
40Maka sĹbab itulah sĹtlah datang orang orang Samaria itu kapada Isa, maka dipinta supaya iya tinggal bĹrsama sama dĹngan dia orang. Maka tinggallah iya disana dua hari.
41Maka banyaklah pula orang yang lain pun pĹrchaya sĹbab mĹnĹngar pĹrkataan Isa sĹndiri.
42Maka bĹrkatalah marika itu kapada pĹrampuan itu, Adapun skarang kami pĹrchaya, bukannya sĹbab pĹrkataanmu, kĹrna kami sĹndiri tĹlah mĹnĹngar dan mĹngĹtahui, bahwa inilah sungguh sungguh Almasih itu, iya itu PĹnulong orang isi dunia.
43¶ Maka sĹtlah kumdian deripada dua hari, maka kluarlah Isa deri sana, lalu pĹrgilah kaGalilia.
44KĹrna Isa sĹndiri tĹlah mĹngatakan, Adapun sa’orang nabi itu tiada mĹndapat hormat dalam nĹgrinya sĹndiri.
45SĹtlah itu apabila sampielah iya kĹtanah Galilia, maka orang orang Galilia itu mĹnyambut akan dia, kĹrna marika itu tĹlah mĹlihat sagala pĹrkara yang dipĹrbuatnya diJĹrusalem pada tĹtkala hari raya itu, sĹbab marika itu pun ada pĹrgi pada hari raya itu.
46Arkian maka kumbalilah pula Isa kĹnĹgri Kaanan ditanah Galilia yang ditĹmpat ayer dijadikannya anggor itu. Maka adalah sa’orang orang bangsawan anu, maka anaknya laki laki ada sakit diKĹparnaum.
47Maka apabila didĹngarnya, bahwa Isa tĹlah datang deri tanah Yahuda kĹtanah Galilia; maka pĹrgilah iya mĹminta kapadanya supaya iya datang mĹnyĹmbohkan anaknya itu, kĹrna hampirlah iya akan mati.
48Maka kata Isa kapadanya, Adapun jikalau tiada kamu mĹlihat sĹndiri bĹbrapa tandah dan muzijat, maka tiada mahu pĹrchaya.
49Maka jawab orang bangsawan itu kapadanya, Tuhan marilah kiranya turon dahulu sĹbĹlom anakku itu mati.
50Maka bĹrkatalah Isa kapadanya, PĹrgilah angkau pulang, bahwa anakmu itu hidop; maka iya pun pĹrchayalah akan pĹrkataan yang dikatakan ulih Isa kapadanya itu, lalu pulanglah iya.
51Maka sĹmĹntara iya bĹrjalan itu bĹrtĹmulah iya dĹngan bĹbrapa hambanya mĹmbawa khabar katanya, Bahwa anakmu adalah hidop.
52SĹtlah itu bĹrtanyalah iya kapada marika itu, Pada waktu bilakah iya mĹmulai sĹnang itu? Maka jawab marika itu kapadanya, KĹlmarin adalah kira kira pukol satu tĹngah hari itu hilang dĹmamnya.
53Maka dikĹtahuilah ulih bapa anak itu, pada jam itulah juga Isa tĹlah bĹrkata kapadanya, Bahwa anakmu hidop; maka pĹrchayalah iya sĹrta dĹngan sagala isi rumahnya.
54Maka inilah pula mujizat yang kadua, yang dipĹrbuat ulih Isa apabila iya kluar deri tanah Yahuda lalu masok kĹtanah Galilia.
Currently Selected:
Injil Yahya 4: KEAS
Tya elembo
Kabola
Copy

Olingi kobomba makomi na yo wapi otye elembo na baapareyi na yo nyonso? Kota to mpe Komisa nkombo
First published by the British and Foreign Bible Society in 1866